Asasi Sains Pertanian UPM ….tidak semestinya akan jadi petani

Bukan sekadar untuk jadi petani, tetapi jauh menjangkau ke angkasa (melalui program kejuruteraan aeroangkasa) dengan pelbagai bahasa dunia (melalui program ijazah berbagai bahasa dunia), kedoktoran perubatan dan veterinar, sains, teknologi maklumat dan sebagainya…..

Yang menariknya

  1. Program ini ditawarkan di dalam 3 mod pengajian
    • Laluan Pantas (Fast-track)
      yang membuka peluang kepada pelajar tingkatan 5 yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan SPM untuk memohon; Dan yang berjaya akan memulakan sesi pengajian seawall bulan Januari selepas peperiksaan SPM; Untuk tamat dan terus menyertai pengajian tahun 1 Ijazah Sarjana Muda pada tahun yang sama – jimat @cepat 1 tahun berbanding laluan biasa
    • Arus Perdana (Kemasukan Julai)
    • Kemasukan September
  2. Lepasan Asasi Sains Pertanian yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan berpeluang untuk memilih melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda yang boleh dipilih daripada 40 program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di UPM, yang merangkumi dalam berbagai bidang pengajian seperti Sains Kesihatan & Perubatan, Kejuruteraan, Alam Bina, Teknologi Maklumat, Pengurusan dan berbagai lagi

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperolehi dari http://www.asasi.upm.edu.my/

Share This:

admin