Seminar Halatuju – Julai 2014

web_flyer

Seminar Halatuju Pendidikan Selepas SPM – Khas untuk lepasan SPM/STPM yang belum mendapat tempat di mana-mana IPT ini bertujuan untuk membantu para pelajar yang memenuhi syarat untuk mendapat tempat di IPTA, IPTS, ILKA dan lain-lain institusi yang bersesuaian dengan keputusan yang dicapai sesuai dengan minat dan kecenderungan pelajar sendiri. Perunding Halatuju Pendidikan telah mendapat kerjasama baik daripada beberapa buah IPT yang bersedia untuk menawarkan tempat kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan berserta dengan pakej pembiayaan samada daripada PTPTN; MARA; Yayasan-yayasan Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Seminar ini akan diadakan di 13 lokasi di bandar-bandar utama seluruh Negara pada sepanjang bulan Julai 2014 ini; Bermula dari Kuala Lumpur dan seterusnya ke utara; Ipoh, Georgetown dan Alor Setar sebelum ke pantai timur; Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan sehingga ke selatan Johor Bahru sebelum ke Bandar Melaka dan Seremban. Program ini juga akan diadakan di Kuching, Miri dan Kota Kinabalu. Kami hanya merancang untuk tempat seramai maksima antara 300 – 500 orang bagi setiap lokasi program dan hanya akan di adakan sekali sahaja di lokasi berkenaan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendaftar menghadiri seminar yang sangat penting ini.

Yuran penyertaan untuk menyertai program ini hanya RM10.00 seorang – untuk membiayai kos penganjuran program. Kepada pelajar yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian(online) di dalam menu Program – Seminar Halatuju – Julai 2014

banner

 

Kenapa ada pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik tetapi gagal mendapat tempat di IPTA

Ada beberapa kes yang telah dirujuk kepada saya tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, saya telah membuat analisa terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

meritokrasi_01

meritokrasi_02

Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain

Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan.

Pengiraan Merit

Sebagai Perbandingan dan Panduan

  • Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
  • Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
  • Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah

  • Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
  • Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat

Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM

Andaian salah oleh pelajar

Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut

  • Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
  • Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
  • Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA

Rumusan dan panduan

  1. Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utama bagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
    1. Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
    2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain 
  2. Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
  3. Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.

Peluang Kerjaya Selepas Tamat Belajar

Ramai yang bertanya tentang apakah peluang kerjaya bila tamat belajar nanti dengan bidang pengajian yang diikuti.

untuk makluman, bolehlah dikatakan hampir semua bidang kerjaya masih memerlukan tenaga pekerja. jika dilihat melalui laman carian pekerjaan seperti di www.jobstreet.com.my setiap hari akan dapat dilihat ada lebih 20,000 kekosongan jawatan. Persoalannya kenapa masih ada kekosongan dan dalam masa yang sama kita juga dengar terdapat ramai graduan menganggur.
jobstreet

Jawapannya agak mudah – kerana kebanyakkan graduan tidak memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan.

Saya pernah postkan beberapa iklan jawatan kosong sebagai rujukan. Contohnya Nestle (sebuah syarikat multinasional) mengiklankan jawatan “Management Trainee” yang memerlukan pemohonnya mempunyai ijazah sarjana muda(tidak kira bidang apa) dengan CGPA 3.50 ataupun ijazah sarjana (masters).. ini baru trainee (yang mana belum tentu lagi pemohon yang berjaya mendapat kerja – yang akan dinilai dalam tempoh tertentu). Mengambil kesempatan melihat lebih dalam tentang syarikat Nestle ini, saya terjumpa maklumat untuk pelajar yang berminat untuk menjalani praktikum (internship) di Nestle yang memerlukan syarat CGPA 3.00..

Nestle Management Trainee 2014

Saya juga pernah post satu iklan jawatan kosong sebagai eksekutif dan kerani di Bank Rakyat. Untuk jawatan eksekutif memerlukan ijazah dengan CGPA 3.00 (untuk bidang berkaitan) dan CGPA 3.25 untuk bidang lain; Dan untuk jawatan sebagai kerani memerlukan diploma dengan CGPA 2.75 (Nak jadi kerani bank pun nak kena ada diploma dengan CGPA 2.75)

iklan-bankrakyat

Jadi kalau ada seniors, rakan atau saudara mara yang dah graduat kata “jangan ambil bidang ini kerana dia pun dah lama mengganggur”, cuba tanya dia balik (dengan sopan) dia bergraduat dengan CGPA berapa ? Kalau setakat graduat dengan CGPA 2.00 ~ 2.99 khasnya untuk program bukan teknikal, memang susah untuk mendapat kerja. Untuk bidang teknikal seperti kejuruteraan, senibina dan lain seumpamanya dengan CGPA 2.80 ke atas masih lagi ada peluang walaupun mungkin agak sukar. Dan untuk selesa pelajar kena dapatkan CGPA 3.00 ke atas untuk mudah dapat kerja dan 3.30 ke atas mudah dapat sambung belajar(bagi graduan diploma).

Untuk cemerlang, tiada jalan lain kecuali belajar bersungguh-sungguh. Carilah seberapa banyak ilmu yang boleh, langkaui batasan pembelajaran daripada hanya merangkumi skop silibus pengajian sahaja…. sepetrti pelajar sains komputer, jangan hanya belajar tentang perisian yang ada dalam silibus sahaja, ada beratus-ratus lagi perisian, sistem lain yang harus dipelajari – yang mungkin bolleh digunakan dalam projek pengajian selain daripada menambah ilmu yang turut akan jadi berguna bila akan menyertai dunia pekerjaan nanti.

Sebagai rumusan mudah – ianya bergantung kepada pelajar sendiri untuk mencipta pencapaian cemerlang dan seterusnya untuk mudah mendapat kerja apabila bergraduat nanti dengan CGPA yang cemerlang dan jangan sekali-kali lihat untuk hanya sekadar bergraduat cukup-cukup makan sahaja.

Antara Program Diploma dan Pra-Universiti (Asasi/Matrikulasi)

….maaf sekiranya ada perkataan yang kurang sedap didengar bila dibaca

Pertama yang kena faham adalah tujuan asal dan asas program diploma adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa professional (dengan kelayakan diploma); manakala program asasi adalah jambatan untuk membolehkan pelajar meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan menjadi ahli professional (dengan ijazah sarjana muda)

Jika anda tidak layak untuk ke program asasi atau matrikulasi yang boleh membawa anda seterusnya ke program ijazah sarjana muda sebagaimana di atas, dan hanya layak untuk memohon program diploma sahaja, dari perspektif dan berdasarkan penilaian kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi, anda sebenarnya termasuk dalam kategori pelajar bukan cemerlang. Atau maaf kalau disebut anda tidak pandai sebab itu tidak layak untuk ke program asasi atau matrikulasi; Dan hanya layak untuk ikuti program diploma sahaja.

Kecuali jika keputusan anda cemerlang dan anda memang memilih untuk ke program diploma yang mungkin program tersebut hanya ditawarkan di peringkat diploma sahaja seperti seni kulinari dan seumpamanya.

Bunyinya agak pedih bila dibaca dan mungkin sangat menyakitkan telinga bila orang kata kita tidak pandai. Tetapi sekiranya anda rasa anda tidak begitu (atau anda rasa anda sebenarnya seorang yang pandai), maka anda kenalah buktikan melalui program diploma untuk mencapai keputusan yang cemerlang yang akan membuka semula peluang anda untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan menjadi ahli professional.

Ini penyataan jujur, yang mana bagi kita bangsa Malaysia yang penuh sopan santun, jarang orang suka untuk menyebutnya bagi mengelakkan ada yang terasa hati atau seumpamanya. Tetapi rasanya inilah hakikat yang perlu diterima.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Latar Belakang

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Melalui internet (PMI) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, 100% permohonan menggunakan PMI.

Konsep Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

  • Jurusan & Aliran
  • Jurusan Sains
  • Jurusan Perakaunan
  • Aliran Kejuruteraan (Awam/Elektrik & Elektronik/Mekanikal)

Tempoh Pengajian

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Peluang Melanjutkan Pengajian

Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut :

SAM_1265SAM_1266