«

»

Sep 14

Print this Post

Panduan Program Pra-Universiti

Antara pilihan laluan yang popular di kalangan lepasan SPM adalah untuk mengikuti program pra-universiti seperti Program Asasi (atau tamhidi di USIM) dan juga program Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terdapat 40 program pra-universiti yang ditawarkan oleh Universiti Awam dan 3 program Matrikulasi yang ditawarkan di 17 buah Kolej Matrikulasi(dan Kolej MARA) yang bertujuan untuk menyediakan lepasan SPM untuk seterusnya menyertai program ijazah sarjana muda.

Pada dasarnya bolehlah dirumuskan terdapat 3 kategori program pra-univesiti seperti berikut

  1. Program Khusus
    contoh 1: Asasi Perubatan untuk seterusnya ke Program Ijazah Perubatan
    contoh 2: Asasi Pergigian untuk seterusnya ke Program Ijazah Pergigian
    contoh 3: Asasi Undang-undang untuk seterusnya ke Program Ijazah Undang-undang
  2. Program Mengikut Bidang
    contoh 1: Asasi Sains Hayat yang seterusnya membolehkan lepasan program ini seterusnya mengikuti pengajian dalam bidang sains hayar di peringkat ijazah sarjana muda seperti ijazah perubatan, ijazah sains tulen(fizik, kimia, biologi); ijazah sains bioteknologi dan seumpamanya
    contoh 2: Asasi Alam Bina yang seterusnya membolehkan lepasan program ini meneruskan pengajian dalam bidang yang berkaitan seperti senibina, ukur bahan, perancangan bandar dan wilayah, ukur bangunan dan seumpamanya
  3. Program Umum/Terbuka
    contoh 1: Asasi Sains/Sains Pertanian yang menawarkan pelbagai pilihan program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang boleh diikuti oleh lepasan program ini

 

Apa yang penting adalah pelajar perlu tahu untuk memilih program pengajian yang bersesuaian dengan halatuju mereka di peringkat ijazah sarjana muda kelak.

SENARAI PROGRAM PRA-UNIVERSITI IPTA & KOLEJ MATRIKULASI

Leave a Reply