«

»

Jul 24

Print this Post

Asasi Sains Pertanian (UPM)

……bukan sekadar untuk berternak dan bertani

Apa yang tergambar di dalam fikiran saya pada pertama kali saya terbaca tentang program Asasi Sains Pertanian yang di tawarkan oleh Universiti Putra Malaysia(UPM); Tidak lain dari program yang akan menjurus kepada bidang pertanian dan penternakan. Malah apabila ditanya soalan yang sama kepada beberapa orang pelajar pun mendapat jawapan yang sama.

Namun bila di teliti ianya bukan sekadar program Asasi Sains Pertanian seperti program-program asasi atau asasi sains yang ada ditawarkan di universiti lain. Ada 2 keistimewaan besar Program Asasi Sains Pertanian UPM yang dapat dirumuskan sebagaimana berikut:

  1. Satu-satunya program Asasi yang menawarkannya secara laluan pantas atau fast-track. Program laluan pantas membuka peluang kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan SPM untuk memohon ke program ini. Pelajar akan mendaftar pada bulan Januari/Februari tahun berikutnya selepas peperiksaan SPM dan meneruskan pembelajaran sehingga bulan Ogos untuk seterusnya terus menyertai tahun 1 program ijazah sarjana muda pada bulan September tahun yang sama. Ini secara langsung menjimatkan masa sehingga 1 tahun berbanding dengan pelajar program pra-universiti lain yang hanya akan menyertai tahun 1 ijazah sarjana muda pada tahun berikutnya.
  2. Program Asasi Sains Pertanian UPM menawarkan kebih 30 program ijazah sarjana muda yang boleh diikuti oleh lepasan program ini – yang merangkumi pelbagai bidang sains, perubatan, kejuruteraan dan bidang yang berkaitan. Lepasan Program Asasi Sains Pertanian boleh mengikuti salah satu daripada program di peringkat ijazah di UPMseperti berikut:
    Fakulti Pertanian
    PG11  Bacelor Sains Pertanian
    PG14  Bacelor Sains Hortikultur
    PP05  Bacelor Sains (Perniagaantani)
    PG27  Bacelor Pertanian (Akuakultur)
    PG32  Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

    Fakulti Perhutanan

    PG12  Bacelor Sains Perhutanan
    PY11  Bacelor Sains Teknologi Kayu
    PG47  Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

    Fakulti Perubatan Veterinar

    PM01  Doktor Perubatan Veterinar

    Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
    PM00  Doktor Perubatan
    PM02  Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
    PM05  Bacelor Sains (Dietetik)
    PM09  Bacelor Sains (Pemakanan & Kesihatan Komuniti)
    PM10  Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

    Fakulti Kejuruteraan

    PK01  Bacelor Kejuruteraan (Awam)
    PK02  Bacelor Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik)
    PK03  Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
    PK05  Bacelor Kejuruteraan (Pertanian & Biosistem)
    PK08  Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
    PK15  Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
    PK16  Bacelor Kejuruteraan (Proses & Makanan)
    PK17  Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer & Komunikasi)

    Fakulti Sains & Teknologi Makanan

    PG09  Bacelor Sains & Teknologi Makanan
    PG17  Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

    Fakulti Pengajian Pendidikan

    PT09  Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

    Fakulti Sains

    Bacelor Sains (Kepujian)
    PS02  Major Biologi
    PS08  Major Matematik
    PS09  Major Statistik
    PS15  Major Fizik
    PS28  Major Kimia
    PS29  Major Kimia Perindustrian
    PS30  Major Kimia Petroleum
    PS36  Major Sains Bahan
    PS37  Major Sains Instrumentasi

    Fakulti Rekabentuk & Senibina

    PH02  Bacelor Senibina Landskap

    Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul

    Bacelor Sains (Kepujian)
    PG07  Bioteknologi
    PS26  Major Biokimia
    PS27  Major Mikrobiologi
    PS27  Biologi Sel dan Molekul

    Fakulti Sains Alam Sekitar

    PG46  Bacelor Sains & Teknologi Alam Sekitar
    PP43  Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

 

Untuk maklumat lanjut lawati laman web
Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia
di http://asasi.upm.edu.my