«

»

Jul 30

Print this Post

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi untuk sesi 2013/2014 (SPM 2012) telah mulai dibuka pada 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012. Maklumat lanjut tentang permohonan kemasukan boleh didapati di laman web Aplikasi Permohonan Melalui Internet, Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan

Latar Belakang Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Melalui internet (PMI) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, 100% permohonan menggunakan PMI.

Konsep Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

  • Jurusan & Aliran
  • Jurusan Sains
  • Jurusan Perakaunan
  • Aliran Kejuruteraan (Awam/Elektrik & Elektronik/Mekanikal)

Tempoh Pengajian

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Peluang Melanjutkan Pengajian

Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut :

Kelulusan program Matrikulasi juga di terima sebagai syarat kemasukan ke beberapa buah universiti luar negara antaranya:

Senarai Kolej Matrikulasi

Syarat Kemasukan

 Program Dua Tahun

Permohonan Kemasukan

Maklumat mengenai permohonan untuk kemasukan ke program matrikulasi dibuka mulai bulan Julai setiap tahun yang dibuka sehingga Oktober di akhbar tempatan dan/atau di laman web kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my. Pemohon boleh membuat semakan dan kemaskini permohonan semula pada bulan Februari tahun berikutnya sehinggalah tarikh tutup permohonan – kebiasaannya 2 minggu selepas tarikh keputusan SPM diumumkan