BUKU MERITOKRASI

Alhamdulillah dengan keizinanNya juga satu buku kecil (kandungan 12 mukasurat) yang muatkan dengan jadual-jadual kosong untuk diisi oleh pelajar tingkatan 5 (2018) dapat juga disiapkan merangkumi kaedah pengiraan merit untuk kemasukan ke IPTA, ILKA, Matrikulasi dan untuk ke Tingkatan 6. Juga dimuatkan ruang untuk semakan syarat ke IPGM

Pelajar boleh mula mengisi dengan meletakkan pilihan cita-cita kerjaya yang merangkumi segala maklumat yang pelajar MESTI tahu tentang cita-cita kerjaya pilihannya itu.

Ia diikuti dengan mengenal pasti laluan akademik untuk melanjutkan dan mengikuti pengajian ke IPT di dalam bidang yang berkaitan untuk memperolehi kelayakan bagi mengisi syarat kelayakan cita-cita kerjaya tersebut

Untuk layak melanjutkan pengajian, pelajar mestilah memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan – yang pelajar perlu kenalpasti dengan merujuk ke laman web bahagian pengurusan kemasukan pelajar (BPKP) atau yang lebih dikenali sebagai UPU untuk mendapatkan maklumat syarat kemasukan yang perlu diisi di dalam jadual yang terdapat di dalam buku ini

Dari sini pelajar bolehleh meletakkan sasaran pencapaian di dalam SPM serta membuat pemantauan pencapaian pelajar di setiap peringkat daripada peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 dan peperiksaan percubaan SPM; Serta ruang untuk memuatkan pencapaian sebenar@keputusan peperiksaan SPM 2018 yang akan diumumkan pada tahun 2019 nanti.

Tujuannya untuk membolehkan pelajar menilai sendiri sejauh manakah pencapaian tersebut telah

  1. Memenuhi syarat kelayakan untuk memohon melanjutkan pengajian ke IPT di dalam bidang dan program pengajian yang pelajar sendiri sasarkan
  2. Membuat pengiraan sendiri markah merit untuk kemasukan ke IPTA, ILKA, Matrikulasi dan juga untuk ke tingkatan 6 (nak masuk tingkatan 6 bukan automatik lulus SPM, tetapi ada syarat tertentu yang mesti dipenuhi)

Diharapkan buku kecil dan ringkas ini akan dapat menjadi panduan berguna untuk pelajar, guru dan juga ibu bapa memantau pencapaian pelajar.

Buku ini dijual dengan harga RM3.00 satu.
Kos penghantaran
10 – 19 buku = RM10.00 (semenanjung) / RM15 (sarawak/sabah)
20 – 49 buku = RM20.00 (semenanjung) / RM30 (sarawak/sabah)
50 – 100 buku = RM30.00 (semenanjung) / RM60 (sarawak/sabah)

Share This:

Misi Masuk Universiti 2019/2020

Program khas khusus untuk menyediakan pelajar tingkatan 4 sebelum mereka menjejakkan kaki ke tingkatan 5 untuk seterusnya menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahunnya.

Dengan pendedahan yang diberi mereka akan dapat untuk terus fokus di dalam pembelajaran mereka dari awal tahun lagi – setelah mengetahu apakah mata-mata pelajaran yang penting perlu diberikan fokus untuk memperolehi gred yang diperlukan untuk layak melanjutkan pengajian ke universiti awam pada tahun 2019/2020; Secara strategik, bijak dan menepati syarat dan meritokrasi kemasukan ke universiti awam.

Kami percaya, pelajar yang jelas halatujunya untuk ke…..
Universiti Mana ?  Program Apa ? dan di dalam Bidang Apa ? 
pelajar akan lebih fokus di dalam pembelajarannya

KANDUNGAN

  1. Pemprofilan Personaliti & Kecenderungan Kerjaya (ujian psikoketrik)
  2. Kepentingan untuk setiap pelajar ada cita-cita kerjaya untuk dicapai dan contoh kerjaya terpilih
    – 10 Bidang Pengajian senang mendapat pekerjaan & 10 kerjaya dengan gaji paling tinggi
  3. Memahami laluan akademik selepas SPM untuk ke pengajian tinggi berdasarkan contoh kerjaya-kerjaya terpilih dan menyesuaikannya dengan cita-cita kerjaya pelajar sendiri berdasarkan
    – Syarat pencapaian di peringkat SPM
    – Program pengajian yang perlu diikuti di IPT yang menawarkan program berkenaan
  4. Membuat perancangan dengan mencarta laluan akademik untuk mencapai cita-cita kerjaya
    – Mengenalpasti dan menetapkan cita-cita kerjaya berdasarkan ujian psikometrik
    – Mengenalpasti laluan yang terbaik (asasi/matrikulasi/diploma/ijzah sarjana muda/STPM)
  5. Membuat rumusan dan pelan strategik pelajar
    Universiti Mana ?  Program Apa ? dan di dalam Bidang Apa ? 
    – Sasaran pencapaian di dalam peperiksaan SPM untuk dicapai
    – Berdasarkan syarat dan hasil simulasi pengiraan markah merit ke IPTA
    – Untuk layak memohon dan berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA (Universiti Awam)
    – Dan memperolehi kelayakan yang diperlukan bagi mengisi cita-cita kerjaya

PENYERTAAN

  • Khas untuk pelajar tingkatan 4 (2017) yang akan ke tingkatan 5 dan menduduki SPM pada tahun 2018
  • Terhad untuk 10 orang pelajar sahaja bagi setiap sesi program yang perlu hadir bersama ibubapa

BAYARAN

  • Dari RM120.00/pelajar(termasuk ibubapa @Kuala Lumpur);
    Bayaran mungkin berbeza mengikut lokasi program

TARIKH & LOKASI PROGRAM

  • Wangsa Maju, Kuala Lumpur : Sabtu 9 Dis 2017 (2.00 – 6.00ptg)
    (kemudahan ruang solat disediakan untuk solat zuhor & asar) 
  • Lokasi lain ibu negeri & bandar utama (semenanjung) – akan diumumkan dalam masa terdekat
  • Kami mengalu-alukan sekiranya anda dapat mengumpulkan antaara 10 penyertaan di lokasi anda bersama dengan tempat untuk mengadakan program

BORANG PENYERTAAN

Maklumat Pelajar@peserta

 

Maklumat Ibu Bapa

 

Pilihan Lokasi Program

  • Anda akan dihubungi untuk pengesahan danbayaran penyertaan mengikut lokasi pilihan anda. Penyertaan adalah terhad kepada hanya 10 orang sahaja untuk setiap sesi program.
 

Verification

Share This:

Pentingnya Matematik SPM

(berdasarkan kemasukan ke IPTA & ILKA 2017 – melalui UPU)

kesemua 39 program asasi(dan tamhidi) di IPTA meletakkan syarat pemohon mesti mendapat sekurang-kurangnya kepujian (gred C) di dalam mata pelajaran matematik,

ini termasuklah program Asasi Syariah, TESL, Undang-undang, Sains Kemanusiaan, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Pengajian Islam (yang pelajar mungkin anggap ianya tidak berkaitan dengan sains dan matematik)

Daripada 172 program diploma di IPTA (universiti awam dan politeknik premier)

130 program meletakkan syarat kepujian (Gred C) Matematik; Walaupun ada terdapat 42 program yang tidak meletakkan syarat kepujian matematik SPM, pelajar tetap tertakluk kepada pengiraan merit kemasukan ke IPTA yang mana matematik adalah merupakan salah satu mata pelajaran untuk kiraan merit bagi pelajar dari kedua-dua aliran sains dan juga matematik

Daripada 63 program diploma di ILKA
(Politeknik Konvensional, Metro dan IKBN) (UPU 2017)

47 program meletakkan syarat kepujian matematik (46 program di politeknik dan 1 program di IKBN)

Walaupun ada 16 program diploma di ILKA yang tidak meletakkan syarat kepujian matematik; Namun mata pelajaran matematik adalah merupakan salah satu daripada 5 mata pelajaran untuk kiraan merit kemasukan ke ILKA selain daripada Bahasa Melayu, Satu(1) mata pelajaran sains/teknologi/vokasional dan mana-mana 2 mata pelajaran terbaik lain

Share This: