Antara Program Diploma & Pra-Universiti (Asasi/matrikulasi) ….dari aspek kewangan

Kebiasaannya dan kebanyakkan perbandingan yang dibuat hanya berdasarkan susah atau senangnya belajar di laluan-laluan diploma dan pra-universiti (asasi/matrikulasi). tetapi agak jarang (atau mungkin belum pernah ada yang dibuat berdasarkan faktor kewangan) sebagaimana berikut.

jadual-jumlah-pembiayaan-ptptn-mengikut-peringkat-pengajian

Pelajar yang mengikuti pengajian pra-universiti (asasi@IPTA /matrikulasi@kolej matrikulasi akan menerima elaun bulanan sebanyak RM250.00/bulan untuk 5 bulan(1 semester) untuk 2 semester pengajian yang akan berjumlah RM2,500.00

Pelajar asasi@IPTA / matrikulasi@kolej matrikulasi hanya akan memohon pinjaman PTPTN apabila mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Untuk pengajian di IPTA jumlah pinjaman maksima adalah sebanyak RM6,650.00 setahun (program sains) atau RM6,180.00 setahun (program bukan sains) yang mana untuk pengajian ijazah sarjana muda 4 tahun akan berjumlah RM26,600.00 (program sains) atau sebanyak RM24,720.00 (program bukan sains)

Pelajar yang mengikuti pengajian diploma IPTA/ILKA akan layak memohon pinjaman PTPTN sebanyak RM4,750.00 setahun (maksima) atau berjumlah RM14,250.00 untuk 3 tahun pengajian diploma. Terkecuali bagi program-program diploma teknologi/ kemahiran di ILKA seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang tidak memerlukan pelajar mengambil pinjaman kerana pelajar akan mendapat elaun bulanan.

Sekiranya lepasan diploma ini memperolehi keputusan cemerlang untuk seterusnya layak meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA untuk 3 tahun (dengan andaian mendapat perpindahan kredit @pengecualian 1 tahun) maka mereka akan meminjam sekali lagi dari PTPTN sebanyak RM6,650.00 x 3 tahun = RM19,950.00(program sains) dan sebanyak RM18,540.00 (program bukan sains).

Yang mana jika dijumlahkan dengan pinjaman di peringkat diploma akan menjadikan jumlah pinjaman keseluruhan sebanyak RM34,200.00 (program sains) dan RM32,790.00 (program bukan sains).

Pelajar sebenarnya terpaksa mengambil lebih banyak pinjaman untuk mengikuti pengajian diploma dan ijazah sarjana muda berbanding laluan pra-universiti. Dari segi jumlah, perbezaannya adalah sebanyak RM7,600.00 (program sains) atau RM8,070.00 (program bukan sains) lebih banyak berbanding jika hanya mengambil pinjaman untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Sebab itulah kebanyakkan kami (saya bersama-sama guru-guru anda) sentiasa menasihatkan agar pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM untuk terus dapat melanjutkan pengajian ke program pra-universiti (asasi/matrikulasi) yang lebih menjimatkan dari segi kewangan dan juga masa.

Buatlah pilihan yang bijak

Share This: