ASASI ATAU MATRIKULASI – panduan ringkas

Asasnya matrikulasi dan asasi ni sama saja, tamat asasi atau matrikulasi dengan pencapaian yang memenuhi syarat yang ditetapkan semua layak memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda …bukan automatik, tetapi tetap mesti memenuhi dan melepasi syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada pilihan berikut.

ASASI SAINS UM & ASASI UITM
(kecuali asasi undang-undang uitm) 
ini program asasi yang premium dari segi syarat kemasukan dan peluang melanjutkan pengajian di mana lepasannya yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam lain (kecuali beberapa program di UIAM & USIM – yang dikhususkan untuk lepasan asasi dan tamhidi dari universiti berkenaan sahaja)

ASASI UA LAIN (selain UM & UiTM)
Hanya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti berkenaan sahaja. Jadi jika pelajar bercadang nak sambung ijazah di universiti yang ada program asasinya sendiri – maka asasi universiti berkenaan adalah lebih baik.
berhati-hati dengan nama-mana yang sama seperti Asasi Sains Hayat / Fizikal (UM), Asasi Sains Hayat / Fizikal (UIAM) dan Asasi Sains Hayat / Fizikal (UNIMAS) – nama sama tetapi matlamat berbeza. Begitu juga Asasi Sains (UiTM) dan Asasin Sains (UMS)

MATRIKULASI
Lepasan matrikulasi ni sama seperti lepasan Asasi Sains UM dan Asasi UiTM – layak untuk memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam lain (kecuali beberapa program di UIAM & USIM – yang dikhususkan untuk lepasan asasi dan tamhidi dari universiti berkenaan sahaja).

CATATAN DARI PERSEPSI UMUM YANG TIDAK TEPAT
Memperolehi CGPA 3.50 dari Matrikulasi dan 3.50 di Asasi Sains UITM adalah setara, jadi tidak rendah standard kalau masuk matrikulasi pun kalau nanti tamat pengajian matrikulasi dengan CGPA yang setara atau lebih tinggi dari lepasan asasi

Jika kita dengar ada yang kata belajar di asasi lebih mudah berbanding matrikulasi adalah satu yang betul, tepat dan benar.

Sebab pelajar yang berjaya masuk ke asasi biasanya yang dapat straight A, jadi bagi pelajar begini semua benda mudah dan senang bagi mereka, berbanding yang berjaya ke matrkulasi, ada yang tak dapat satu(1) gred A pun (hanya B & C) berjaya ke matrikulasi ….sebab itulah jika kita tanya pelajar matrikulasi mereka akan kata belajar di matrikulasi susah sebab mereka bukan pelajar straight A seperti pelajar asasi.. Oleh kerana mereka bukan pelajar straight A lah maka mereka akan diajar bersungguh-sungguh di matrikulasi (yang pelajar kata susah) untuk menjadikan mereka setara dengan pelajar asasi yang asal SPM mereka straight A.

Apa-apa pun buatlah pilihan yang tepat yang boleh bawa pelajar untuk ke pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang boleh membawa pelajar untuk mencapai cita-cita kerja pelajar sendiri…..

Share This: