ASASIPintar UKM – platform terbaik untuk pelajar yang berminat untuk menceburi bidang penyelidikan


Program ASASIpintar adalah program pra-universiti untuk calon-calon lepasan SPM dan graduan Kolej PERMATApintar Negara yang berminat melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini mula ditawarkan pada bulan Mei 2012, program ini menekankan pembentukan murid secara holistik, yang melibatkan aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pelajar diberi pendedahan kepada kursus-kursus mencabar dalam bidang Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, dan Statistik, yang lebih mirip kepada kursus-kursus tahun satu di kebanyakkan universiti.

Di samping itu juga pelajar diberi latihan menjalankan penyelidikan dalam bidang yang diminati. Antara matlamat program ini adalah untuk menyediakan program yang selaras dengan keperluan negara industri menjelang tahun 2020 dan menawarkan program pra-ijazah yang dapat memenuhi hasrat negara bagi memberi pendidikan yang terbaik untuk pelajar pintar berbakat.

Pelajar lepasan ASASIpintar akan meneruskan pengajian di fakulti-fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tertakluk kepada pelajar memenuhi syarat-syarat kemasukan ke fakulti.


maklumat lanjut boleh didapati dari http://www.ukm.my/permatapintar/asasipintar/

Share This: