PROGRAM KHAS HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM

PECUTAN AKHIR – BENGKEL PENGIRAAN MERIT BAGI KEMASUKAN KE IPTA, ILKA & MATRIKULASI 2020; UNTUK CALON SPM 2019

Program khas ini diadakan bertujuan untuk

  1. Pelajar & Ibubapa Pelajar calon SPM 2019 faham tentang bagaimana pelajar akan dinilai berdasarkan merit untuk layak dan berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA, ILKA atau ke program Matrikulasi
  2. Menilai pencapaian di dalam peperiksaan percubaan SPM
    • Adakah keputusan tersebut sudah cukup untuk pelajar berpeluang melanjutkan pengajian; ATAU
    • Jika belum mencukupi, apakah gred yang pelajar mesti capai di dalam mata pelajaran apa untuk memcerahkan peluang tersebut.
    • Supaya dengan tempoh masa yang berbaki menjelang peperiksaan sebenar SPM, pelajar dapat berusaha mencapai keputusan tersebut dengan sokongan daripada ibubapa yang faham mengenainya
    • Pelajar yang ingin menyertai program ini MESTI membawa bersama salinan keputusan peperiksaan percubaan SPM dan calculator untuk amali pengiraan merit
  3. Ibubapa sangat-sangat digalakkan hadir bersama anak@pelajar atau ibubapa boleh mendaftar bagi pihak anak dan membawa anak ke program yang sangat penting ini.
  4. Program ini diadakan secara PERCUMA dan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya namun terhad kepada ruang tempat program diadakan – sekitar 200 pelajar (300 – 400 termasuk ibu bapa)
  5. Setiap penyertaan MESTI MENDAFTAR menggunakan borang pendaftaran online di bawah untuk tujuan pemantauan bagi mengelakkan penyertaan yang melebihi kapasiti ruang yang ada. Pendaftran akan ditutup apabila pendaftaran mencapai kapasiti maksima.

Lokasi
Dewan Syarahan Tingkat Atas
Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah
Taman Sri Rampai, Setapak
53300 Kuala Lumpur

Pada
Hari Sabtu, 12 Oktober 2019 (9.00 – 11.00 pagi) 


Share This: