Mulakannya Sekarang

Lihatlah jauh ke hadapan untuk menetapkan sasaran dengan tepat; Dan mulakan perancangan untuk mencapainya dari sekarang.

set-early-target

  • Pelajar tingkatan 2 yang akan ke tingkatan 3 dan menduduki PT3 pada tahun 2017 nanti; Pastikan anda tahu dari awal apakah pencapaian di dalam PT3 yang MESTI anda capai untuk seterusnya ke tingkatan 4, 5 dan seterusnya menduduki peperiksaan SPM di dalam aliran yang akan seterusnya boleh membawa pelajar ke IPT di dalam bidang untuk mencapai cita-cita kerjaya pelajar
  • Pelajar tingkatan 3 yang akan seterusnya ke tingkatan 4 pada tahun 2017 nanti; Dan seterusnya ke tingkatan 5 dan dan menduduki SPM harus tahu apakah pilhan aliran pengajian yang terbaik untuk diikuti atau mungkin memilih ke Kolej Vokasional. Jika anda ingin memohon ke KOlej Vokasional atau ke sekolah-sekolah terpilih, pastikan anda menyelesaikan semua urusan permohonan sebelum terlewat atau terlepas
  • Pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017 nanti tidak seharusnya membuang masa tanpa melakukan apa-apa persediaan. Sebaik-baik persediaan adalah persediaan seawal yang boleh dan persediaan yang terburuk adalah persediaan pada saat-saat akhir

  • Pelajar tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang perlu terus focus sehingga tamat peperiksaan untuk berehat seketika sebelum memulakan persediaan untuk ke peringkat pengajian yang seterusnya – samada akan ke IPT untuk program pra-universiti (asasi/matrikulasi) atau program diploma dan sijil atau mungkin sememangnya telah merancang untuk ke tingkatan 6.

  • Pelajar tingkatan 6 Rendah (semester 1) mungkin perlu melihat balik di manakah kedudukan anda sekarang di tingkatan 6 sebelum meneruskan pengajian ke semester 2 dan 3 STPM. Berbincanglah dengan mereka yang lebih tahu jika kedudukan anda tidak begitu memuaskan sebelum meneruskan pengajian atau melihat balik apakah kelemahan yang perlu ditingkatkan. Dan pelajar semester 3 yang sedang menduduki peperiksaan semester terakhir STPM perlu terus focus sehingga tamat peperiksaan sebelum mula memikirkan laluan anda ke peringkat seterusnya.

Apa yang penting untuk semua adalah anda mesti ada sasaran, ada halatuju untuk dicapai dan mula merancang seawal yang boleh untuk mencapainya

….mulakannya sekarang

Share This:

Program Sepanjang 2016

Masuknya bulan November, bermakna sesi persekolahan 2016 pun kian hampir melabuhkan tirainya. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tiada terhingga kepada sekolah-sekolah yang telah menjemput saya berprogram di sekolah (atau lokasi lain).

img-20160725-wa0009

Ceramah Halatuju Pendidikan Selepas SPM ~ SMK Sultanah Asma, Alor Setar (24 Julai 2016)

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada……

  • Beberapa buah sekolah (banyak juga sebenarnya) yang saya tidak dapat menerima jemputan kerana pertindihan tarikh dengan program lain yang telah ditetapkan tarikhnya terlebih awal lagi
  • Guru dan pelajar yang jika ada di sepanjang penyampaian ceramah saya ada terguna perkataan atau ayat dengan bahasa yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa. Malah saya tidak keberatan jika cikgu atau pelajar dapat sampaikan rasa tidak puashati itu untuk agar saya mohon maaf selain daripada untuk dapat saya perbaiki lagi penyampaian saya supaya lebih baik lagi di masa-masa akan datang

Apa yang saya harap adalah hubungan berpanjangan tidak bermakna atau semestinya cikgu kena jemput saya lagi tetapi cikgu dan pelajar boleh hubungai saya bila-bila masa jika ada sesuatu yang mungkin dapat saya bantu, demi untuk masa depan pelajar-pelajar semua.

Kepada semua, terima kasih yang tiada terhingganya

JANUARI
1. 05/01/2016 – MRSM Kuala Kubu Baru, Selangor
2. 11/01/2016 – Sekolah Agama Menengah, Rawang (SAMER)
3. 14/01/2016 – SMK Cochrane, Kuala Lumpur
4. 23/01/2016 – PPR Batu Muda, Kuala Lumpur (Islamic Relief Malaysia & Maybank)
5. 27/01/2016 – Penang Free School, Pulau Pinang

FEBRUARI
6. 05/02/2016 – SMK Taman Keramat, Selangor
7. 15/02/2016 – SMI Al-Amin Gombak
8. 19/02/2016 – SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
9. 21/02/2016 – SMI Al Amin Bestari, Merlimau, Melaka
10. 26/02/2016 – SMU (A) Al-Kauthar, Peringat, Kota Bharu, Kelantan
11. 27/02/2016 – UiTM Kelantan (Machang)

MAC
12. 06/03/2016 – SMK Mutiara Rini Skudai Johor
13. 09/03/2016 – Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan Pahang
14. 10/03/2016 – SMA(JAIM) Darul Falah, Kuala Sungai Baru, Melaka
15. 12/03/2016 – Universiti Putra Malaysia, Serdang
16. 22/03/2016 – SMK Bagan Serai, Perak
17. 22/03/2016 – SMKA Kerian Model Ulul Albab, Semanggol, Perak
18. 23/03/2016 – SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai, Perak
19. 27/03/2016 – SBPI Sabak Bernam

APRIL
20. 06/04/2016 – SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur
21. 14/04/2016 – SMK Lembah Keramat, Kuala Lumpur
22. 21/04/2016 – SMK Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan
23. 25 & 26/04/2016 – SMKA Saratok, Sibu, Sarawak

MEI
24. 06/05/2016 – SMKA Mohamad Ali, Ranau, Sabah
25. 09/05/2016 – SMK Victoria (Victoria Institution) Kuala Lumpur (STPM)
26. 10/05/2016 – SAMT Kuala Kubu Baru, Selangor (STPM)
27. 12/05/2016 – SMK Petaling Jaya, Selangor
28. 26/05/2016 – SAMT Kuala Kubu Baru, Selangor (SPM)
29. 30/05/2016 – SKK SMK Ghaffar Baba, Masjid Tanah, Melaka

JULAI
30. 24/07/2016 – SMK Convent, Alor Setar, Kedah
31. 24/07/2016 – SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah
32. 25/07/2016 – SMK Dato Syed Omar, Alor Setar, Kedah
33. 25/07/2016 – Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah
34. 27/07/2016 – SMK Syed Mashor, Batang Kali, Selangor
35. 28/07/2016 – SAM Muhammadiah, Sabak Bernam, Selangor (PT3)
36. 30/07/2016 – SMA Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang
37. 31/07/2016 – SMK Victoria Institution (SPM @University Malaya)

OGOS
38. 01/08/2016 – SAM Muhammadiah, Sabak Bernam, Selangor (SPM)
39. 07/08/2016 – Maktab Rendah Sains MARA(MRSM), Pulau Langkawi, Kedah
40. 10/08/2016 – SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor

SEPTEMBER
41. 08/09/2016 – SAM Sungai Merab Luar, Kajang Selangor
42. 09/09/2016 – Maahad Integrasi Tahfiz Sains, Alam Impian, Shah Alam, Selangor
43. 26/09/2016 – SMK Seri Saujana, Seri Petaling, Kuala Lumpur

OKTOBER
44. 13/10/2016 – SMK Putrajaya Presint 8(1)
45. 15/10/2016 – Pecutan Akhir SPM 2016 di Majlis Daerah Selayang (Mantop)
46. 25/10/2016 – SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor

NOVEMBER
47. 02/11/2016 – SMK Seri Raub, Raub, Pahang
48. 03/11/2016 – SMK(P) Methosist, Kuala Lumpur (PT3)
49. 25/11/2016 – Penang Free School (STPM)

Insyallah kalau ada rezeki mungkin akan ada 1 atau 2 lagi program pada bulan Disember untuk melengkapkan 50 program untuk tahun 2016. (I think…. not bad for a lone ranger like me on my 5th year of operation).

Semoga Allah SWT berikan kesihatan, kekuatan dan segala yang diperlukan untuk meningkatkan lagi keupayaan untuk tahun 2017 nanti – insyaallah

Share This: