BUKU MERITOKRASI

Alhamdulillah dengan keizinanNya juga satu buku kecil (kandungan 12 mukasurat) yang muatkan dengan jadual-jadual kosong untuk diisi oleh pelajar tingkatan 5 (2018) dapat juga disiapkan merangkumi kaedah pengiraan merit untuk kemasukan ke IPTA, ILKA, Matrikulasi dan untuk ke Tingkatan 6. Juga dimuatkan ruang untuk semakan syarat ke IPGM

Pelajar boleh mula mengisi dengan meletakkan pilihan cita-cita kerjaya yang merangkumi segala maklumat yang pelajar MESTI tahu tentang cita-cita kerjaya pilihannya itu.

Ia diikuti dengan mengenal pasti laluan akademik untuk melanjutkan dan mengikuti pengajian ke IPT di dalam bidang yang berkaitan untuk memperolehi kelayakan bagi mengisi syarat kelayakan cita-cita kerjaya tersebut

Untuk layak melanjutkan pengajian, pelajar mestilah memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan – yang pelajar perlu kenalpasti dengan merujuk ke laman web bahagian pengurusan kemasukan pelajar (BPKP) atau yang lebih dikenali sebagai UPU untuk mendapatkan maklumat syarat kemasukan yang perlu diisi di dalam jadual yang terdapat di dalam buku ini

Dari sini pelajar bolehleh meletakkan sasaran pencapaian di dalam SPM serta membuat pemantauan pencapaian pelajar di setiap peringkat daripada peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 dan peperiksaan percubaan SPM; Serta ruang untuk memuatkan pencapaian sebenar@keputusan peperiksaan SPM 2018 yang akan diumumkan pada tahun 2019 nanti.

Tujuannya untuk membolehkan pelajar menilai sendiri sejauh manakah pencapaian tersebut telah

  1. Memenuhi syarat kelayakan untuk memohon melanjutkan pengajian ke IPT di dalam bidang dan program pengajian yang pelajar sendiri sasarkan
  2. Membuat pengiraan sendiri markah merit untuk kemasukan ke IPTA, ILKA, Matrikulasi dan juga untuk ke tingkatan 6 (nak masuk tingkatan 6 bukan automatik lulus SPM, tetapi ada syarat tertentu yang mesti dipenuhi)

Diharapkan buku kecil dan ringkas ini akan dapat menjadi panduan berguna untuk pelajar, guru dan juga ibu bapa memantau pencapaian pelajar.

Buku ini dijual dengan harga RM3.00 satu.
Kos penghantaran
10 – 19 buku = RM10.00 (semenanjung) / RM15 (sarawak/sabah)
20 – 49 buku = RM20.00 (semenanjung) / RM30 (sarawak/sabah)
50 – 100 buku = RM30.00 (semenanjung) / RM60 (sarawak/sabah)

Share This:

Pentingnya Matematik SPM

(berdasarkan kemasukan ke IPTA & ILKA 2017 – melalui UPU)

kesemua 39 program asasi(dan tamhidi) di IPTA meletakkan syarat pemohon mesti mendapat sekurang-kurangnya kepujian (gred C) di dalam mata pelajaran matematik,

ini termasuklah program Asasi Syariah, TESL, Undang-undang, Sains Kemanusiaan, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Pengajian Islam (yang pelajar mungkin anggap ianya tidak berkaitan dengan sains dan matematik)

Daripada 172 program diploma di IPTA (universiti awam dan politeknik premier)

130 program meletakkan syarat kepujian (Gred C) Matematik; Walaupun ada terdapat 42 program yang tidak meletakkan syarat kepujian matematik SPM, pelajar tetap tertakluk kepada pengiraan merit kemasukan ke IPTA yang mana matematik adalah merupakan salah satu mata pelajaran untuk kiraan merit bagi pelajar dari kedua-dua aliran sains dan juga matematik

Daripada 63 program diploma di ILKA
(Politeknik Konvensional, Metro dan IKBN) (UPU 2017)

47 program meletakkan syarat kepujian matematik (46 program di politeknik dan 1 program di IKBN)

Walaupun ada 16 program diploma di ILKA yang tidak meletakkan syarat kepujian matematik; Namun mata pelajaran matematik adalah merupakan salah satu daripada 5 mata pelajaran untuk kiraan merit kemasukan ke ILKA selain daripada Bahasa Melayu, Satu(1) mata pelajaran sains/teknologi/vokasional dan mana-mana 2 mata pelajaran terbaik lain

Share This:

Pesanan Khas & Ringkas Untuk pelajar Calon PT3

saya mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi beberapa jemputan untuk pecutan akhir bagi pelajar-pelajar calon PT3.

untuk itu saya sediakan video ringkas ini khas sebagai pesanan khas dan ringkas untuk pelajar-pelajar calon PT3 2017 – semoga akan memperolehi keputusan cemerlang di dalam PT3 nanti – insyaallah.

file versi microsoft power point untuk guru-guru sampaikan kepada pelajar boleh di dapati darihttps://www.facebook.com/groups/halatuju/1856260331081627/

Share This: