Program Khas Halatuju Pendidikan Selepas SPM


PROGRAM KHAS HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM
(di lokasi anda ~ selepas keputusan SPM2016 di umumkan)

KANDUNGAN PROGRAM

  1. Penerangan tentang pilihan laluan pendidikan selepas SPM
  2. Panduan untuk pelajar untuk membuat pilihan bidang, program & IPT
  3. Pendedahan tentang beberapa bidang kerjaya terpilih
  4. Proses permohonan & kriteria pemilihan ke institusi awam (syarat kelayakan & meritokrasi)
  5. Pembiayaan Pendidikan Tinggi
  6. Sesi soal-jawab & perbincangan bersama pelajar (dan ibu bapa jika ada)

Kepada Sekolah; PIBG; Organisasi; NGO; Pertubuhan; Persatuan Penduduk; Kariah Masjid dll. yang berminat untuk menganjurkan program ini di lokasi anda boleh menghubungi saya (Mustaffa Abdullah) di talian 017 8808 718 (voice/ sms/ whatsApp/ Telegram) untuk maklumat lanjut.

Share This:

Program-program untuk 2017

Selepas 5 tahun beroperasi dengan berbagai warna pengalaman mengendalikan program hampir ke seluruh negara; Selain daripada menyampai, saya juga menerima maklum balas samada secara langsung atau tidak langsung daripada audien – pelajar, guru dan ibu bapa tentang program-program yang telah dijalankan.

Alhamdulillah penerimaannya sangat baik, jadi tidak ada sebarang perubahan besar pun dari segi kandungan ceramah cuma menyusunkannya semula dalam bentuk menu yang lebih mudah difahami untuk dipilih antara ceramah dan bimbingan (coaching)

Ceramah Halatuju Pendidikan

Ceramah dibahagikan jelas mengikut kategori peperiksaan dari UPSR, PT3, SPM dan STPM. Program untuk pelajar sekolah rendah UPSR ini adalah pendekatan baru untuk mendorong dan memotivasikan pelajar untuk pencapaian yang lebih cemerlang di dalam UPSR yang boleh membuka peluang kepada mereka meneruskan pengajian ke sekolah-sekolah terpilih.

Bagi setiap kategori, ianya boleh disesuaikan mengikut waktu program diadakan sebelum peperiksaan, kandungannya lebih memberikan fokus kepada pelajar untuk lebih bermotivasi untuk mencapai keputusan cemerlang bagi melayakkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat-peringkat yang seterusnya untuk membawa mereka mencapai cita-cita kerjaya; Manakala program pasca peperiksaan lebih menekankan kepada apa yang pelajar perlu bersedia dengan kajian untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci untuk mereka memohon melanjutkan pengajian selepas memperolehi keputusan peperiksaan nanti.
brosur2017_ceramah

Bimbingan Individu dan Kumpulan

Program Bimbingan Individu dan Kumpulan ini sebenarnya telahpun diuji perngendaliannya secara tertutup yang dalam banyak keadaan lebih bersifat peribadi antara rakan, kenalan rapat untuk anak-anak mereka. Sebelum ini ianya dinamakan sebagai Bengkel Halatuju Pendidikan Selepas SPM yang menggabungkan Ceramah Halatuju dan juga sesi Pemprofilan Personaliti & Kecenderungan Kerjaya (satu bentuk ujian psikometrik) untuk pelajar yang menyertainya

Hasilnya adalah satu penetapan bahawa program ini lebih berkesan untuk dikendalikan di dalam kumpulan yang kecil. Jumlah penyertaan maksima yang dicadangkan untuk seramai 50 orang adalah jumlah penyertaan maksima yang masih mampu memberikan kesan terbaik kepada pelajar yang menyertainya.

Selain itu program ini memerlukan komitmen ibu bapa untuk hadir bersama bagi mendapatkan penjelasan, bersama-sama merancang halatuju pendidikan pelajar bagi menjamin pelaksanaan merealisasikannya – mencapai cita-cita kerjaya pelajar.
brosur2017_bimbingan

Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang program-program ini.

Share This:

Sembang-sembang Halatuju Pendidikan Selepas PT3(2016)

Alhamdulillah walaupun hanya sempat berprogram di empat(4) buah sekolah

  1. SMK Purtajaya Presint 8(1), Putrajaya
  2. SMK Seksyen 18, Shah Alam
  3. SMK Seri Raub, Pahang
  4. SMK(P) Methodist, Kuala Lumpur

Semoga ianya telah berjaya memberikan manfaat sebaiknya untuk semua pelajar lepasan PT3 untuk mementukan laluan pendidikan yang sesuai samada di tingkatan 4, 5 dan seterusnya menduduki SPM atau memilih untuk ke Kolej Vokasional.

Seronok bersembang-sembang dengan pelajar semua, macam-macam benda yang pelajar tanya yang saya juga harus berterima-kasih kerana ianya menjadi input yang baik untuk program saya dengan pelajar-pelajar lain di masa akan datang

Terima kasih kepada guru-guru yang berusaha menjayakan program ini, Insyaallah tahun depan kita jumpa lagi…..

  1. CIkgu Suryani Ubk Smk Presint Lapan, Putrajaya
  2. Cikgu Nor Suhana Zainuddin (SMK Seksyen 18 Shah Alam)
  3. Cikgu Eliy, SMK Seri Raub, Pahang
  4. Cikgu Lin CM & Puan Chandrika, Methodist Girls’ School, Kuala Lumpur

Share This: