Banyak pertanyaan yang saya terima daripada pelajar tentang cita-cita kerjaya seperti….
- Kerjaya apa yang gaji tinggi
- Yang mudah dapat kerja
- Yang mudah pekerjaannya
- Dapat berkerja di luar negara
dan berbagai-bagai lagi….
Saya bercadang untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat tentang cita-cita kerjaya yang pelajar telah mungkin ada dalam fikiran mereka untuk dianalisa – mencari apakah trend pilihan pelajar masa kini dan mengaitkan dengan keperluan tenaga kerja masa kini
Kongsikan apakah cita-cita kerjaya anda dan kenapa anda memilih cita-cita kerjaya dalam bidang tersebut serta di IPT manakah anda bercadang untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang berkenaan