DIPLOMA@MATRIKULASI ~ UNTUK KE IJAZAH SARJANA MUDA

Nasihat Jahat dan Khianat

Berhati-hatilah jika ada yang memberikan nasihat kepada pelajar, kerana ianya mungkin satu nasihat yang bersifat jahat dan khianat.

Setakat ini saya ada terima beberapa pertanyaan dari pelajar seperti betulkah lepasan matrikulasi akan terpaksa belajar 4 tahun yang sukar untuk dapat ijazah perakaunan berbanding lepasan diploma yang hanya akan kena belajar 3 tahun sahaja.

Jawapannya betul – memanglah program ijazah sarjana muda perakaunan tempoh pengajiannya 4 tahun bagi lepasan matrikulasi.

Tetapi tidak tepat ianya semestinya 3 tahun pengajian ijazah bagi lepasan diploma, kerana penentuan tempoh pengajian itu bergantung kepada pencapaian pelajar di peringkat diploma. Kalau dapat result cemerlang mungkin boleh pendekkan atau kurangkan jumlah subjek yang perlu diambil semasa ijazah sarjana muda, kalau tidak ada kemungkinan pelajar akan perlu mula balik dari tahun 1 semester 1 ijazah sarjana muda perakaunan yang 4 tahun itu.

Kenapa nak kira tempoh pengajian ijazah sahaja, tanpa mengira tempoh pengajian diploma dan matrikulasi untuk ke ijazah sarjana muda

  • matrikulasi (1 tahun) + ijazah (4 tahun) = 5 tahun
  • diploma (2 ~ 3 tahun) + ijazah (3 – 4 tahun) = 5 ~ 7 tahun (ini pun kalau dapat terus sambung ke ijazah selepas diploma)

Dari segi kos berdasarkan pinjaman PTPTN (IPTA)
(kalau tak pinjam PTPTN pun itulah jumlah perbelanjaan minima yang akan dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian )

Diploma – Ijazah Sarjana Muda

  • Diploma 2 ~ 3 tahun x RM4,750/tahun = RM9,500 ~ 14,250
  • Ijazah Sarjana Muda 3 ~ 4 tahun x RM6,180/tahun = RM18,540 ~ 24,720
  • JUMLAH = RM28,040 ~ 38,970

Laluan Matrikulasi – Ijazah Sarjana Muda

  • Matrikulasi perakaunan (1 tahun) = RM466.60
  • Ijazah Sarjana Muda (4 tahun) = RM24,720
  • JUMLAH = RM25,186.60

Dan jika pelajar matrikulasi dari keluarga berpendapatan kurang dari RM10,000 atau B40 akan dapat elaun sebanyak RM250/bulan x 5 bulan (1 semester) x 2 semester = RM2,500.00 dan tidak perlu memohon pembiayaan@pinjaman PTPTN (sebanyak RM14,250 jika untuk diploma)

Saya tak masukkan kos untuk pengajian STPM(18 ~ 24 bulan) yang kalau dilihat di atas pun, rasanya kosnya lebih tinggi dari pengajian matrikulasi.

Jadi lihat sendirilah yang mana lebih banyak@besar nombornya; Dan janganlah sampai kita yang sebenarnya lebih bijak dan cerdik dapat tawaran ke matrikulasi diperbodohkan oleh mereka yang tak dapat (atau mungkin tak layak pun memohon ke matrikulasi) untuk membuatkan kita bukan setakat jadi seperti mereka, tetapi mungkin lebih daripada itu.

Share This: