Halatuju Pendidikan Selepas PT3 – antara laluan akademik atau pendidikan vokasional di Kolej Vokasional

Ada lepasan PT3 yang menyangkakan laluan pendidikan vokasional boleh dijadikan jalan pintas yang lebih cepat dan mudah untuk ke pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dengan membandingkan

  1. Hanya dengan mengikut pengajian selama 4 tahun selepas PT3, mereka dah pun dapat diploma dan boleh terus ke Ijazah Sarjana muda;
  2. Berbanding jika memilih laluan akademik akan mengambil masa 2 tahun untuk SPM (melalui pengajian tingkatan 4 dan 5) dan memerlukan kebiasaannya 3 tahun untuk memperolehi diploma selepas SPM, yang jumlahnya hanya 5 tahun

Yang dirumuskan dengan membuat andaian sebagaimana berikut

  • 1 tahun lebih cepat jika memilih laluan kolej vokasional
  • pengajian di kolej vokasional yang lebih mudah berbanding pengajian tingkatan 4 dan 5 untuk SPM dan pengajian diploma di IPT yang lebih sukar berbanding pengajian diploma di Kolej Vokasional.

Andaian ini sebenarnya tidak tepat dan jauh sekali meleset apabila Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Quality Agency (MQA) mengeluarkan kenyataan sebagaimana berikut:

Laluan Teknikal & Vokasional bagi Graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ingin menjelaskan laluan bagi graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara.

Laluan Teknikal & Vokasional tersebut berbeza dengan laluan akademik tradisional kerana graduan DVM perlu memenuhi 2 kriteria iaitu: (1) memperolehi pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya sehingga berumur 21 tahun; dan (2) mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) yang merupakan proses pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu daripada MQA. Graduan DVM boleh terus memohon untuk kemasukan ke IPT setelah memenuhi kedua-dua kriteria tersebut (sila rujuk carta di bawah).

Bagi graduan DVM yang ingin melanjutkan pengajian ke IPT secara serta-merta selepas menerima DVM juga boleh dipertimbangkan dengan syarat lulus kesetaraan SPM-SVM (Sijil Pelajaran Malaysia – Sijil Vokasional Malaysia) yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM dan syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua-dua Kementerian.

Untuk maklumat lanjut mengenai APEL, sila layari www.mqa.gov.my/APEL ataupun hubungi MQA di 03-79682253 / hazirah@mqa.gov.my (Hazirah), atau 03-79683315 izzatyliyana@mqa.gov.my (Izzatyliyana) sekiranya ada sebarang soalan.

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

13 OKTOBER 2016

laluandvm1
sumber kenyataan media MQA:
http://www.mqa.gov.my/portalMQA/default/bm/laluanDVM.cfm

Perbandingan dengan laluan akademik

kita tidak boleh menggabungkan kedua-dua laluan akademik (tingkatan 4 & 5 dan menduduki SPM) dengan laluan Vokasional sebagai sama, kerana kedua-duanya sangat berbeza antara satu sama lain.

Laluan akademik adalah untuk pelajar mengikuti pengajian tingkatan 4 dan 5 dan seterusnya menduduki peperiksaan SPM untuk seterusnya melayakkan mereka menyambung pengajian ke IPT untuk pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda (melalui program pra-universiti (asasi/matrikulasi/stpm) dalam bidang-bidang pengurusan, professional dan seumpamanya

Manakala program di Kolej Vokasional adalah untuk melahirkan tenaga kerja terlatih dengan meletakkan sasaran melahirkan

70% – tenaga kerja terlatih
20% – untuk melanjutkan pengajian
10% – untuk menjadi usahawan berjaya.

Jadi jika pelajar bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang professional di peringkat ijazah sarjana muda atau di peringkat diploma, maka pelajar sepatutnya memilih laluan ke tingkatan 4 dan 5 untuk seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia; Dan jika pelajar bercita-cita untuk menyertai dunia pekerjaan dalam bidang-bidang kemahiran – Kolej Vokasional adalah pilihan terbaik.

Jadi apa yang dapat saya rumuskan apabila membandingkan kedua-dua pilihan ini adalah sebagaimana berikut:

pilihan-laluan-pendidikan-selepas-pt3-2

Jadi untuk pelajar lepasan PT3, buatlah pilihan yang tepat.

 

Share This: