LALUAN KE 1,073 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM

Apabila diteliti peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam, terdapat 20 laluan untuk ke ijazah sarjana muda yang setiap pelajar mesti mengetahuinya sebelum membuat pilihan laluan yang sesuai; Yang mana tidak satu pun daripada 20 laluan tersebut membolehkan pelajar memilih memohon untuk ke mana-mana program ijazah sarjana muda.

Ada laluan yang sangat khusus untuk program ijazah di dalam bidang tertentu sahaja

Dan apabila dipecahkan mengikut laluan utama yang paling popular, boleh dilihat pecahan yang sangat penting setiap pelajar tahu dari awal program ijazah sarjana muda dalam bidang apa di universiti mana yang ingin pelajar melanjutkan pengajian agar pelajar dapat membuat pilihan laluan yang tepat berdasarkan kepada pecahan berikut

Berdasarkan kepada pecahan ini, apa yang dirisaukan adalah sekiranya pelajar selepas tingkatan 3 (tanpa PT3) telah tersilap memilih laluan – yang boleh mengakibatkan pelajar mungkin tidak akan dapat ke ijazah sarjana muda yang diperlukan untuk mencapai cita-cita kerjayanya.

Untuk itulah kepentingan ini bukan lagi dilihat semasa pelajar menduduki SPM tetapi dari tingkatan 3 lagi di mana pencapaian sehingga tingkatan 3 (walaupun tanpa PT3) akan menentukan aliran pengajian pelajar di tingkatan 4, 5 dan seterusnya menduduki SPM (aliran sains atau sastera) yang seterusnya memuktamadkan program apa yang boleh diikuti selepas itu – STPM (sains atau sastera); Matrikulasi/Asasi (sains, perakaunan, kejuruteraan atau lain-lain jurusan); Atau program diploma apa samada diploma selepas SPM atau Diploma Vokasional Malaysia (selepas tingkatan 3) yang boleh membawa dan melayakkan pelajar ke ijazah sarjana muda apa seterusnya.

Share This: