Memilih Program Pengajian yang Sesuai

Ramai pelajar bertanya macamana untuk mempilih program pengajian yang sesuai untuk di pohon.

HANYA BEBERAPA LANGKAH MUDAH

Pertama sekali pelajar sendiri mestilah tahu apakah cita-cita kerjaya yang diingin dicapai – Nama Jawatan, Skop tugasan dalam Pekerjaan dan yang paling penting adalah kelayakan akademik yang diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

Untuk jawatan dalam sektor awam@kerajaan yang bertaraf pegawai dengan kelayakan ijazah sarjana muda, pelajar boleh rujuk ke ke portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diĀ http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/ijazah

Ada terdapat 83 jawatan untuk kelayakan ijazah sarjana muda. Lihatlah pada setiap jawatan yang ada di dalamnya maklumat

  • kelayakan akademik
  • gaji
  • deskripsi tugas

Pelajar boleh gunakan maklumat ini untuk mengetahui apakah syarat kelayakan akademik yang diperlukan untuk satu-satu jawatan bagi menentukan apakah program pengajian yang patut diikuti oleh pelajar untuk memperolehi kelayakan tersebut dan seterusnya layak untuk mengisi jawatan cita-cita kerjaya pelajar sendiri. .

Untuk kelayakan Ijazah Sarjana Muda, bagi lepasan SPM perlulah melalui prngajian di peringkat pra-universiti (asasi/matrikulasi/STPM) untuk seterusnya melayakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda – bagi memperolehi kelayakan yang diperlukan.

Share This: