MERITOKRASI: UNTUK MENCARI YANG TERBAIK (untuk mengisi tempat yang terhad)

Meritokrasi digunakan bertujuan untuk mencari pemohon yang terbaik bagi mengisi tempat yang sangat terhad di institusi-institusi awam (IPTA, ILKA, IPG & Kolej Matrikulasi) secara khusus untuk setiap program yang ditawarkan.

Contohnya jika ada 10,000 yang memohon tetapi hanya ada 1,000 tempat sahaja maka 1,000 pemohon yang terbaik daripada 10,000 pemohon tersebut akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat tempat.

Meritokrasi tidak dilihat kepada markah – hasil pengiraan merit sahaja tetapi merangkumi 3 kriteria pemilihan

1. memenuhi syarat untuk memohon
2. melepasi saringan (temuduga, ujian kelayakan dll.)
3. merit akademik yang terbaik (berbanding pemohon lain)

Untuk program tanpa temuduga – ianya akan terus ke kriteria ke 3 iaitu markah merit, tetapi untuk program bertemuduga yang perlu dinilai bakat dan kebolehan pemohon ianya perlu melalui kriteria ke 2 – berbagai kaedah saringan seperti temu duga, ujian dsb.

Contohnya untuk menjadi guru sekolah rendah, lepasan SPM memohon ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG, atau untuk program Ijazah Sarjana Muda Senibina (satu-satunya program ijazah terus selepas SPM); Kedua-dua program ini (dan berbagai program lain juga yang sepertinya) memerlukan pelajar yang berbakat mengajar (IPG) berkebolehan melukis (Senibina).

Jadi walaupun yang memohon memperolehi straight A di dalam SPM, tetapi tiada bakat/ kebolehan mengajar (IPG) atau melukis (senibina) – pemohon berkemungkinan besar akan gagal dalam permohonan sebab tidak mampu memenuhi kriteria yang diperlukan – bakat dan kebolehan (walaupun mungkin cemerlang dari segi pencapaian akademiknya)

Namun bakat sahaja pun tidak mencukupi sekiranya tidak mempunyai pencapaian akademik yang tidak cukup cemerlang (kerana mungkin ada pemohon lain yang berbakat dan juga lebih cemerlang dari segi akademik mereka)

Pemohon perlu memenuhi kesemua ketiga-tiga kritera yang ditetapkan – syarat, berkebolehan@bakat dan cemerlang – untuk menjadi pelajar terbaik dan terpilih untuk ditawarkan tempat pengajian yang terhad di institusi awam.

Dan sekiranya bilangan yang memohon (layak) tidak melebih bilangan tempat yang ada ditawarkan, kemungkinan besar semua yang memohon akan mendapat tempat tanpa perlu dinilai berdasarkan merit (andaian program tiada temuduga) – cuma kita tak tahu program apa yang ramai atau tidak ramai yang memohon.

Share This: