Mulakannya Sekarang

Lihatlah jauh ke hadapan untuk menetapkan sasaran dengan tepat; Dan mulakan perancangan untuk mencapainya dari sekarang.

set-early-target

  • Pelajar tingkatan 2 yang akan ke tingkatan 3 dan menduduki PT3 pada tahun 2017 nanti; Pastikan anda tahu dari awal apakah pencapaian di dalam PT3 yang MESTI anda capai untuk seterusnya ke tingkatan 4, 5 dan seterusnya menduduki peperiksaan SPM di dalam aliran yang akan seterusnya boleh membawa pelajar ke IPT di dalam bidang untuk mencapai cita-cita kerjaya pelajar
  • Pelajar tingkatan 3 yang akan seterusnya ke tingkatan 4 pada tahun 2017 nanti; Dan seterusnya ke tingkatan 5 dan dan menduduki SPM harus tahu apakah pilhan aliran pengajian yang terbaik untuk diikuti atau mungkin memilih ke Kolej Vokasional. Jika anda ingin memohon ke KOlej Vokasional atau ke sekolah-sekolah terpilih, pastikan anda menyelesaikan semua urusan permohonan sebelum terlewat atau terlepas
  • Pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017 nanti tidak seharusnya membuang masa tanpa melakukan apa-apa persediaan. Sebaik-baik persediaan adalah persediaan seawal yang boleh dan persediaan yang terburuk adalah persediaan pada saat-saat akhir

  • Pelajar tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang perlu terus focus sehingga tamat peperiksaan untuk berehat seketika sebelum memulakan persediaan untuk ke peringkat pengajian yang seterusnya – samada akan ke IPT untuk program pra-universiti (asasi/matrikulasi) atau program diploma dan sijil atau mungkin sememangnya telah merancang untuk ke tingkatan 6.

  • Pelajar tingkatan 6 Rendah (semester 1) mungkin perlu melihat balik di manakah kedudukan anda sekarang di tingkatan 6 sebelum meneruskan pengajian ke semester 2 dan 3 STPM. Berbincanglah dengan mereka yang lebih tahu jika kedudukan anda tidak begitu memuaskan sebelum meneruskan pengajian atau melihat balik apakah kelemahan yang perlu ditingkatkan. Dan pelajar semester 3 yang sedang menduduki peperiksaan semester terakhir STPM perlu terus focus sehingga tamat peperiksaan sebelum mula memikirkan laluan anda ke peringkat seterusnya.

Apa yang penting untuk semua adalah anda mesti ada sasaran, ada halatuju untuk dicapai dan mula merancang seawal yang boleh untuk mencapainya

….mulakannya sekarang

Share This: