ASASI ATAU MATRIKULASI – SATU PANDUAN RINGKAS

Asasnya matrikulasi dan asasi ni sama saja, tamat asasi atau matrikulasi dengan pencapaian yang memenuhi syarat yang ditetapkan semua layak memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda …bukan automatik, tetapi tetap mesti memenuhi dan melepasi syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada pilihan berikut.

ASASI SAINS UM & ASASI UITM
(kecuali asasi undang-undang uitm) 
ini program asasi yang premium dari segi syarat kemasukan dan peluang melanjutkan pengajian di mana lepasannya yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam lain (kecuali beberapa program di UIAM & USIM – yang dikhususkan untuk lepasan asasi dan tamhidi dari universiti berkenaan sahaja)

ASASI UA LAIN (selain UM & UiTM)
Hanya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti berkenaan sahaja. Jadi jika pelajar bercadang nak sambung ijazah di universiti yang ada program asasinya sendiri – maka asasi universiti berkenaan adalah lebih baik.
berhati-hati dengan nama-mana yang sama seperti Asasi Sains Hayat / Fizikal (UM), Asasi Sains Hayat / Fizikal (UIAM) dan Asasi Sains Hayat / Fizikal (UNIMAS) – nama sama tetapi matlamat berbeza. Begitu juga Asasi Sains (UiTM) dan Asasin Sains (UMS)

MATRIKULASI
Lepasan matrikulasi ni sama seperti lepasan Asasi Sains UM dan Asasi UiTM – layak untuk memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam lain (kecuali beberapa program di UIAM & USIM – yang dikhususkan untuk lepasan asasi dan tamhidi dari universiti berkenaan sahaja).

CATATAN DARI PERSEPSI UMUM YANG TIDAK TEPAT
Memperolehi CGPA 3.50 dari Matrikulasi dan 3.50 di Asasi Sains UITM adalah setara, jadi tidak rendah standard kalau masuk matrikulasi pun kalau nanti tamat pengajian matrikulasi dengan CGPA yang setara atau lebih tinggi dari lepasan asasi

Jika kita dengar ada yang kata belajar di asasi lebih mudah berbanding matrikulasi adalah satu yang betul, tepat dan benar.

Sebab pelajar yang berjaya masuk ke asasi biasanya yang dapat straight A, jadi bagi pelajar begini semua benda mudah dan senang bagi mereka, berbanding yang berjaya ke matrkulasi, ada yang tak dapat satu(1) gred A pun (hanya B & C) berjaya ke matrikulasi ….sebab itulah jika kita tanya pelajar matrikulasi mereka akan kata belajar di matrikulasi susah sebab mereka bukan pelajar straight A seperti pelajar asasi.. Oleh kerana mereka bukan pelajar straight A lah maka mereka akan diajar bersungguh-sungguh di matrikulasi (yang pelajar kata susah) untuk menjadikan mereka setara dengan pelajar asasi yang asal SPM mereka straight A.

Apa-apa pun buatlah pilihan yang tepat yang boleh bawa pelajar untuk ke pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang boleh membawa pelajar untuk mencapai cita-cita kerja pelajar sendiri…..

Share This:

DIPLOMA@MATRIKULASI ~ UNTUK KE IJAZAH SARJANA MUDA

Nasihat Jahat dan Khianat

Berhati-hatilah jika ada yang memberikan nasihat kepada pelajar, kerana ianya mungkin satu nasihat yang bersifat jahat dan khianat.

Setakat ini saya ada terima beberapa pertanyaan dari pelajar seperti betulkah lepasan matrikulasi akan terpaksa belajar 4 tahun yang sukar untuk dapat ijazah perakaunan berbanding lepasan diploma yang hanya akan kena belajar 3 tahun sahaja.

Jawapannya betul – memanglah program ijazah sarjana muda perakaunan tempoh pengajiannya 4 tahun bagi lepasan matrikulasi.

Tetapi tidak tepat ianya semestinya 3 tahun pengajian ijazah bagi lepasan diploma, kerana penentuan tempoh pengajian itu bergantung kepada pencapaian pelajar di peringkat diploma. Kalau dapat result cemerlang mungkin boleh pendekkan atau kurangkan jumlah subjek yang perlu diambil semasa ijazah sarjana muda, kalau tidak ada kemungkinan pelajar akan perlu mula balik dari tahun 1 semester 1 ijazah sarjana muda perakaunan yang 4 tahun itu.

Kenapa nak kira tempoh pengajian ijazah sahaja, tanpa mengira tempoh pengajian diploma dan matrikulasi untuk ke ijazah sarjana muda

  • matrikulasi (1 tahun) + ijazah (4 tahun) = 5 tahun
  • diploma (2 ~ 3 tahun) + ijazah (3 – 4 tahun) = 5 ~ 7 tahun (ini pun kalau dapat terus sambung ke ijazah selepas diploma)

Dari segi kos berdasarkan pinjaman PTPTN (IPTA)
(kalau tak pinjam PTPTN pun itulah jumlah perbelanjaan minima yang akan dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian )

Diploma – Ijazah Sarjana Muda

  • Diploma 2 ~ 3 tahun x RM4,750/tahun = RM9,500 ~ 14,250
  • Ijazah Sarjana Muda 3 ~ 4 tahun x RM6,180/tahun = RM18,540 ~ 24,720
  • JUMLAH = RM28,040 ~ 38,970

Laluan Matrikulasi – Ijazah Sarjana Muda

  • Matrikulasi perakaunan (1 tahun) = RM466.60
  • Ijazah Sarjana Muda (4 tahun) = RM24,720
  • JUMLAH = RM25,186.60

Dan jika pelajar matrikulasi dari keluarga berpendapatan kurang dari RM10,000 atau B40 akan dapat elaun sebanyak RM250/bulan x 5 bulan (1 semester) x 2 semester = RM2,500.00 dan tidak perlu memohon pembiayaan@pinjaman PTPTN (sebanyak RM14,250 jika untuk diploma)

Saya tak masukkan kos untuk pengajian STPM(18 ~ 24 bulan) yang kalau dilihat di atas pun, rasanya kosnya lebih tinggi dari pengajian matrikulasi.

Jadi lihat sendirilah yang mana lebih banyak@besar nombornya; Dan janganlah sampai kita yang sebenarnya lebih bijak dan cerdik dapat tawaran ke matrikulasi diperbodohkan oleh mereka yang tak dapat (atau mungkin tak layak pun memohon ke matrikulasi) untuk membuatkan kita bukan setakat jadi seperti mereka, tetapi mungkin lebih daripada itu.

Share This:

KE MANA SELEPAS SPM/STPM

Permohonan kemasukan ke IPTA & ILKA untuk sesi 2019 rasanya sangat berbeza dengan permohonan kemasukan tahun-tahun sebelum ini yang menjadikan usaha saya untuk membantu pelajar lebih mencabar.

Bermula dari syarat kemasukan yang mengalami beberapa perubahan, pemilihan 12 program secara bersekali untuk IPTA & ILKA, Meritokrasi dll.. memerlukan input-input baru untuk saya lebih memahami segala proses untuk dimanfaatkan kepada pelajar calon SPM 2019 apabila mereka memperolehi keputusan dan memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPT pada tahun 2020 nanti.

Sehubungan dengan itu saya mohon kerjasama semua pelajar lepasan SPM 2018 untuk memberikan sedikit sebanyak input bagi membolehkan saya meningkatkan usaha saya pada masa-masa akan datang.

Saya amat berminat untuk membuat pemantauan pencapaian pelajar SPM / STPM bagi membolehkan saya kalau mungkin dapat membantu mencari laluan pendidikan yang terbaik untuk mereka.

Maklumat ini juga penting untuk membolehkan saya membuat analisa pencaapian pelajar, cita-cita serta peluang untuk melanjutkan pengajian berdasarkan pencapaian yang diperolehi. Semoga dengan maklumat ini akan dapat mempertingkatkan lagi keupayaan penyampaian saya di dalam program-program saya di masa-masa akan datang.

Kepada yang sudi, kongsikan

  • Pencapaian SPM/STPM – sertakan snapshot slip keputusan SPM/STPM anda
  • Apakah cita-cita kerjaya anda
  • Pilihan untuk melanjutkan pengajian

PENCAPAIAN SPM

 

CITA-CITA KERJAYA

 

INFO PELAJAR

 

Verification

Share This: