Panduan Untuk Lepasan PT3 Memilih Aliran Pengajian Tingkatan 4 (Sains atau Sastera)

Bagi lepasan PT3 yang akan meneruskan pengajian di tingkatan 4, 5 dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Pemilihan aliran pengajian tingkatan 4 sangat penting kerana itulah aliran yang akan menentukan peluang untuk pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi selepas SPM kelak.

pt3-cemerlang2

Kesilapan memilih aliran boleh menyebabkan pelajar mungkin tidak akan berpeluang pun untuk memohon kerana ada program pengajian yang menghadkan untuk pelajar dari aliran tertentu sahaja yang layak memohon (Aliran Sains atau Sastera).

Berada di dalam aliran sains memang ada kelebihannya kerana pelajar berpeluang untuk memilih lebih banyak program pengajian berbanding pelajar dari aliran sastera. Namun jika pelajar telah dari awak tahu bahawa dia akan melanjutkan pengajian di dalam bidang yang bukan sains, maka tidak perlulah pelajar membebankan diri (atau dibebankan dengan mengikuti pengajian di dalam aliran sains yang mungkin boleh menyebabkan peluang untuk pelajar layak memohon menjadi lebih tipis berbanding pelajar dari aliran sastera walaupun pelajar aliran sains mempunyai lebih banyak pilihan

Senarai Program Diploma di IPTA

Program Asasi(dan tamhidi) IPTA

Laluan ke Ijazah Sarjana Muda dari program Asasi(dan tamhidi)

Share This: