PELUANG PENAJAAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA BAGI LEPASAN SPM

Tulisan ini adalah berdasarkan tawaran pembiayaan (2 pembiaya utama – JPA & MARA) untuk melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun 2021, yang mungkin berbeza pada tahun-tahun akan datang; Namun inilah rasanya maklumat terbaik yang boleh dijadikan rujukan untuk membuat persediaan mencapainya.

Kebanyakkannya merangkumi bidang-bidang sains dan teknologi dan beberapa bidang sains sosial dan juga sastera – jangan komplen jika bidang pengajian yang anda ingin melanjutkan pengajian ke luar negar tiada di dalam senarai ini.

Perlu juga difahami bahawa ini adalah pembiayaan dalam bentuk pinjaman boleh ubah – di mana pembayaran balik pembiayaan ini bergantung kepada pencapaian pelajar – ada yang mungkin tidak perlu bayar balik sepenuhnya atau sebahagian atau terpaksa membayar balik sepenuhnya keseluruhan jumlah pembiayaan yang diberi

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    – Program Penajaan Nasional (PPN)
    – Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ)
  2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    – Young Talent Programme (YTP – MARA)

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

  • Di bawah PPN, pelajar yang berjaya berpeluang melanjutkan pengajian di mana-mana satu daripada 12 universiti terkemuka samada di UK atau Amerika Syarikat di dalam bidang-bidang Nanotechnology; Neurotechnology; Digital Technology; Biological Sciences; Computer Science (terhad kepada Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Data Science, Robotic, Big Data); Economics & Econometrics (e.g. Applied Economics, Macroeconomics); Geology, Environmental, Earth & Marine Sciences; Aerospace Engineering; Physics; Mathematics; Biology dan Chemistry
  • Manakala untuk program JKPJ merangkumi program pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Sains Teknologi dan Sains Sosial

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) – Young Talent Programme (MARA-YTP)
Terdapat 15 program di bawah MARA-YTP untuk melanjutkan pengajian ke luar negara yang ditawarkan untuk tahun 2021 sebagaimana dalam senarai yang merangkumi bidang-bidang dan syarat pencapaian di dalam SPM yang ditetapkan

  • Program International Baccalaureate® (IB)  untuk seteruskan ke ijazah dalam bidang-bidang Sains Hayat, Sains Kesihatan & Sains Komputer dan Sains Iktisas (3 bidang program)
  • Program A-Level untuk bidang Sains, Kejuruteraan, Sains Iktisas dan Senibina (4 bidang program)
  • Program Pre-Germany, Pre-France & Pre-Russia untuk bidang Kejuruteraan (1)
  • Program Pre Korea untuk bidang Sains Teknologi dan Animasi (2)
  • Program Pre-Jordan untuk bidang Syariah (Perbankan & Kewangan Islam; Dan Pengajian Islam) (2)
  • Universiti Al-Azhar untuk bidang Ulum Islamiah, Pengajian Islam dan Pengajian Qiraat (3)

PERSEDIAAN

1.
Sebaik-baik persediaan adalah semasa pelajar berada di tingkatan 2 dan 3 lagi kerana pencapaian pelajar sepanjang di tingkatan 1, 2 dan 3 akan menentukan peluang untuk ke aliran atau pakej mata pelajaran apa di tingkatan 4 kelak yang akan seterusnya menentukan mata pelajaran yang akan diambil di dalam SPM kelak.

Dengan tiadanya Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulain 2020 lalu kini kriteria untuk menentukan aliran atau pakej mata pelajaran di tingkatan 4 dibuat berdasarkan kriteria berikut:

Kecenderungan & MINAT
● Pentaksiran Psikometrik (PPsi) tingkatan 3
● Peperiksaan Pertengahan Tahun(PPT) & Akhir Tahun(PAT)
● Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pertimbangan Professional Guru berdasarkan perkara di atas

Selain itu pelajar tingkatan 3 boleh memohon meneruskan pengajian Tingkatan 4 ke sekolah-sekolah khusus melalui PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) atau UKKM (Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM) untuk kemasukan ke MRSM.

Namun perlu juga dipastikan terlebih dahulu sekolah khusus atau MRSM mana yang ada menawarkan pakej mata pelajaran yang sesuai dengan matlamat pelajar.

Pastikan pelajar berada di kedudukan yang terbaik untuk layak memilih aliran mana yang diinginkan daripada berada di kedudukan di mana pelajar terpaksa menerima pilihan aliran yang ditetapkan oleh pihak sekolah….

2.
Pelajar yang telah berada di tingkatan 4 di dalam tempoh percubaan seperti yang dilaksanakan oleh beberapa sekolah yang memberikan peluang untuk pelajar melalui tempoh percubaan pakej mata pelajaran tertentu hendaklah memanfaatkan dengan sebaiknya peluang ini jika ingin kekal di dalam aliran atau pakej mata pelajaran yang diinginkan; Kerana selepas tempoh ini pelajar ingin membuat pertukaran – ianya adalah suatu yang sangat menyukarkan untuk pihak sekolah menguruskannya.

Buat keputusan segera untuk segera mula fokus dalam pembelajaran ke arah untuk mencapai cita-cita kerjaya

3.
Setelah segala urusan perkara di atas selesai, maka yang tinggal hanyalah untuk pelajar terus memberikan fokus sepenuhnya dalam pembelajaran dari tingkatan 4 dengan penuh istiqamah sehinggalah tibanya peperiksaan SPM – untuk mencapai gred yang diperlukan.

Pelajar yang jelas dan tahu apakah gred yang ingin dicapai atau mesti dicapai akan mudah fokus dalam pembelajaran berbanding pelajar yang masih belum jelas pun lagi halatuju yang ingin dicapainya

Kalau pun ada pembiayaan dari agensi lain untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, biasanya syarat kelayakan untuk memohon tidak akan ada banyak berbeza daripada syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua pembiayaa utama ini yang juga biasanya menjadi penanda-aras (benchmark) yang digunakan oleh agensi lain juga juga di dalam menawarkan pembiayaan.

TERMA BAYARAN BALIK
Pembiayaan diberi dalam bentuk pinjaman boleh ubah di mana jumlah atau kadar bayaran balik bergantung kepada pencapaian pelajar sendiri daripada memdapat pengecualian sepenuhnya atau mungkin perlu bayar balik sebahagian sahaja.

Share This: