Permohonan ke ILKA Melalui UPU (2017) bagi Lepasan SPM

Terdapat perubahan yang agak ketara juga tentang permohonan kemasukan ke Institusi-institusi latihan kemahiran (IKLA) untuk kemasukan Julai 2017 berbanding tahun-tahun lepas, yang perlu diberikan perhatian

Untuk kemasukan Julai 2017 UPU hanya mengendalikan kemasukan ke institusi-institusi berikut sahaja
1. Politeknik Konvensional
2. Kolej Komuniti
3. IKBN / IKTBN (di bawah KKBS)
4. NATC (National Agriculture Training Council)
permohonan adalah melalui https://online.mohe.gov.my/upu/1718_UPUOnline/

Untuk kemasukan ke Institusi-institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
– Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
– Institut Latihan Perindustrian (ILP)
– Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
akan dikendalikan sendiri oleh Jabatan Tenaga Manusia melalui laman web http://www.jtm.gov.my bermula awal Mac 2017

Untuk kemasukan ke Institusi-institusi di bawah MARA
– Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
– Institut Kemahiran MARA (IKM)
belum dapat disahkan lagi, kemungkinan akan menggunakan laman web http://apponline.mara.gov.my/upimonline – akan dimaklumkan bilakah permohonan akan mula dibuka

Belum juga dapat dipastikan tentang
1. Penggunaan/pembelian no pin bagi setiap permohonan
2. Kemungkinan pelajar akan mendapat double atau triple offer jika pelajar memohon ke kedua-dua atau ketiga-tiga kategori institusi di atas.

Insyaallah, saya akan cuba maklumkan jika ada perkembangan terkini berhubung perkara ini untuk perhatian pelajar, guru dan juga ibubapa.

Share This: