Persaingan Untuk Ke Pengajian Tinggi

Persaingan (mengikut aliran SPM) untuk ke program Asasi, Matrikulasi (KPM), PPISMP (IPGM); Diploma & Sijil di IPTA & ILKA

 

Saya cuba nak gambarkan 2 perkara

  1. Pelajar aliran sains SPM kena belajar bersungguh-sungguh untuk merebut peluang dan keistimewaan banyaknya program yang dapat dipohon, namun jika pencapaian SPM tidak memenuhi syarat, serta kiraan merit, anda tetap tak layak dan tak akan mendapat tempat di dalam program yang ditawarkan.
  2. Pelajar aliran sastera SPM juga kena belajar mungkin lebih bersungguh-sungguh kerana bilangan pelajar aliran sastera yang lebih ramai daripada pelajar aliran sains, jadi anda sebenarnya kena bersaing bukan sahaja sesama calon aliran sastera, tetapi juga aliran sains.

Pelajar aliran sastera sebenarnya mempunyai peluang yang sangat cerah untuk ke IPTA jika berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam 5 mata pelajaran utama kiraan merit (Matematik, Sains, B.Melayu, Sejarah dan PI/PM/PSI/PQS) berbanding 5 mata pelajaran utama pelajar aliran sains (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia & Biologi)

Pelajar calon PT3 juga harus ditunjukkan dengan maklumat ini kerana pencapaian mereka di dalam PT3 akan menentukan samada mereka akan ke aliran sains atau sastera di tingkatan 4 nanti, yang seterusnya akan menentukan peluang untuk mereka melanjutkan pengajian selepas SPM nanti

Share This: