Pesanan Awal Untuk Lepasan SPM

Rata-rata pelajar lebih berminat untuk mendapat tempat di program Asasi di universiti awam berbanding program matrikulasi di kolej matrikulasi.kementerian pendidikan malaysia

Keputusan permohonan ke matrikulasi bagi lepasan SPM biasanya diumumkan lebih awal berbanding keputusan permohonan ke asasi di universiti awam

Ada pelajar yang sanggup tolak tawaran matrikulasi semata-mata kerana lebih berminat untuk ke program asasi di universiti awam

Ada pelajar yang menerima dahulu tawaran ke matrikulasi sementara menunggu keputusan permohonan ke program asasi di uniersiti awam

Ada pelajar yang telah mendaftar masuk sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi kemudiannya setelah berjaya dalam rayuan ke program asasi di universiti awam, sanggup keluar@berhenti dari program matrikulasi untuk menyertai program asasi di universiti awam walau pun mengakibatkan kos yang agak tinggi.

APA YANG PELAJAR MESTI TAHU

Hanya program asasi di Uniersiti Malaya dan program asasi di UITM sahaja yang membolehkan pelajar lepasan daripada asasi tersebut layak untuk memohon melanjutkan pengajian ke program ijazah sarjana muda di mana-mana universiti seperti lepasan daripada program matrikulasi.

Program asasi di universiti awam lain hanya untuk pelajar menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti berkenaan sahaja, walaupun namanya sama contohnya program Asasi Sains Hayat di UM, Asasi Sains Hayat di UIAM dan di UNIMAS pun ada program Asasi Sains Hayat. Hanya Asasi Sains Hayat UM sahaja yang melayakkan pelajar memohon ke pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti lain. Asasi Sains Hayat di UIAM dan UNIMAS adalah untuk penyambungan pengajian di universiti berkenaan sahaja.

Berbanding program matrikulasi, lepasan program matrikulasi layak untuk memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam dan layak menggunakan kelulusan program matrikulasi itu untuk memohon ke unversiti luar negara. Universiti dan kolej universiti swasta juga menerima kelayakan matrikulasi sebagai syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda.

Namun jika pelajar telah pasti untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti tertentu yang ada program asasinya sendiri maka pilihan ke program asasi di universiti berkenaan adalah yang lebih baik.

Dan jika program ijazah sarjana muda di universiti yang tiada program asasinya sendiri, maka pilihan adalah untuk ke program asasi di UM atau UiTM ataupun ke program matrikulasi.

Rujuk posting (album) saya di https://www.facebook.com/mustaffa.kaunselorhalat…/media_set…

Apa yang penting adalah pelajar sendiri kena tahu apakah cita-cita kerjaya yang dia ingin capai untuk mengenalpasti ijazah sarjana muda dalam bidang apa dan di universiti mana yang dia sasarkan supaya dapat ditentukan apakah program asasi atau matrikulasi yang sesuai untuknya.

Share This: