PRODUK DURIAN

Beberapa bulan lalu semasa berprogram di beberapa sekolah di pantai timur, ada saya ceritakan potensi mengembangkan hasil durian seperti kulit durian untuk dijadikan produk lain. Contohnya di indonesia telah produk makanan cip biji durian yang dihasilkan dari biji durian, dan saya ada menyebut kemungkinan untuk menggunakan kulit durian yang mungkin boleh diproses untuk menghasilkan produk kecantikan@solekan atau seumpamanya.

Namun ramai pelajar yang ketawa mungkin mereka rasa ianya suatu yang pelik, mustahil dan tidak mungkin terjadi. 

Namun apabila melihat di pasaran dah ada produk kecantikan@solekan dengan jenama terkemuka (elianto) menghasilkan produk bertemakan “koleksi musang king” dengan perisa durian – rasanya apa yang saya pernah sebut satu masa dahulu adalah suatu yang tidak mustahil untuk ianya berlaku dalam masa terdekat – http://www.rojakdaily.com/…/elianto-s-musang-king-durian-ma….

Cuma persoalannya adakah kita telah cukup bersedia dengan segala ilmu sains dan teknologi yang diperlukan untuk mula memikirkan untuk menghasilkan berbagai produk dari sumber bahan mentah yang kita tidak mungkin menyangkakannya pun sekarang.

Negara kita kan kaya dengan berbagai-bagai hasil bumi dengan buah-buahan seperti rambutan, nangka, berbagai jenis jambu, belimbing, pisang dll…

Share This: