Program-program untuk 2017

Selepas 5 tahun beroperasi dengan berbagai warna pengalaman mengendalikan program hampir ke seluruh negara; Selain daripada menyampai, saya juga menerima maklum balas samada secara langsung atau tidak langsung daripada audien – pelajar, guru dan ibu bapa tentang program-program yang telah dijalankan.

Alhamdulillah penerimaannya sangat baik, jadi tidak ada sebarang perubahan besar pun dari segi kandungan ceramah cuma menyusunkannya semula dalam bentuk menu yang lebih mudah difahami untuk dipilih antara ceramah dan bimbingan (coaching)

Ceramah Halatuju Pendidikan

Ceramah dibahagikan jelas mengikut kategori peperiksaan dari UPSR, PT3, SPM dan STPM. Program untuk pelajar sekolah rendah UPSR ini adalah pendekatan baru untuk mendorong dan memotivasikan pelajar untuk pencapaian yang lebih cemerlang di dalam UPSR yang boleh membuka peluang kepada mereka meneruskan pengajian ke sekolah-sekolah terpilih.

Bagi setiap kategori, ianya boleh disesuaikan mengikut waktu program diadakan sebelum peperiksaan, kandungannya lebih memberikan fokus kepada pelajar untuk lebih bermotivasi untuk mencapai keputusan cemerlang bagi melayakkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat-peringkat yang seterusnya untuk membawa mereka mencapai cita-cita kerjaya; Manakala program pasca peperiksaan lebih menekankan kepada apa yang pelajar perlu bersedia dengan kajian untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci untuk mereka memohon melanjutkan pengajian selepas memperolehi keputusan peperiksaan nanti.
brosur2017_ceramah

Bimbingan Individu dan Kumpulan

Program Bimbingan Individu dan Kumpulan ini sebenarnya telahpun diuji perngendaliannya secara tertutup yang dalam banyak keadaan lebih bersifat peribadi antara rakan, kenalan rapat untuk anak-anak mereka. Sebelum ini ianya dinamakan sebagai Bengkel Halatuju Pendidikan Selepas SPM yang menggabungkan Ceramah Halatuju dan juga sesi Pemprofilan Personaliti & Kecenderungan Kerjaya (satu bentuk ujian psikometrik) untuk pelajar yang menyertainya

Hasilnya adalah satu penetapan bahawa program ini lebih berkesan untuk dikendalikan di dalam kumpulan yang kecil. Jumlah penyertaan maksima yang dicadangkan untuk seramai 50 orang adalah jumlah penyertaan maksima yang masih mampu memberikan kesan terbaik kepada pelajar yang menyertainya.

Selain itu program ini memerlukan komitmen ibu bapa untuk hadir bersama bagi mendapatkan penjelasan, bersama-sama merancang halatuju pendidikan pelajar bagi menjamin pelaksanaan merealisasikannya – mencapai cita-cita kerjaya pelajar.
brosur2017_bimbingan

Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang program-program ini.

Share This: