Bimbingan

Bimbingan Individu dan Kumpulan

Program Bimbingan Individu dan Kumpulan ini sebenarnya telahpun diuji perngendaliannya secara tertutup yang dalam banyak keadaan lebih bersifat peribadi antara rakan, kenalan rapat untuk anak-anak mereka. Sebelum ini ianya dinamakan sebagai Bengkel Halatuju Pendidikan Selepas SPM yang menggabungkan Ceramah Halatuju dan juga sesi Pemprofilan Personaliti & Kecenderungan Kerjaya (satu bentuk ujian psikometrik) untuk pelajar yang menyertainya

Hasilnya adalah satu penetapan bahawa program ini lebih berkesan untuk dikendalikan di dalam kumpulan yang kecil. Jumlah penyertaan maksima yang dicadangkan untuk seramai 50 orang adalah jumlah penyertaan maksima yang masih mampu memberikan kesan terbaik kepada pelajar yang menyertainya.brosur2017_bimbinganAnda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang program ini.

Share This: