Program Terdahulu (2015 dan sebelumnya)

NOVEMBER & DISEMBER 2015

  1. 19/12/2015 – Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak
  2. 05/12/2015 – Maahad Tahfiz Negeri Pahang
  3. 06/11/2015 – Kolej Vokasional Gombak, Selangor
    KVG_001 KVG_004

OKTOBER 2015

  1. 26/10/2015 – SMK Bandar Banting, Banting Selangor
    DSCI0111 DSCI0123
  2. 08 – 09/10/2015 – SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak
    12091285_1659906144282125_2110529469076086924_o
  3. 07/10/2015 – SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka
    12107100_1038721832828244_8460763008210273018_n 12109117_1038722139494880_7996430963284891146_n

SEPTEMBER 2015

  1. 15/09/2015 – SMK Ghaffar  Baba, Masjid Tanah, Melaka
    (halatuju pendidikan selepas STPM)
    12011164_1028767450490349_1594668566404938654_n 11988248_1028768973823530_6838067687243015202_n
  2. 12/09/2015 – Persatuan Ibubapa Prihatin Sentul Kuala Lumpur
  3. 05/09/2015 – Maahad Ihya Al-Ahmadi, Sungai kelambu, Banting Selangor

OGOS 2015

  1. 27/08/2015 – SMK Bandar Banting, Banting Selangor
  2. 26/08/2015 – SM Sains Rembau, Rembau, Negeri Sembilan
  3. 18/08/2015 – Maktab Rendah Sains MARA, Muadzam Shah, Pahang
    IMG-20150823-WA0017 IMG-20150823-WA0019
  4. 14/08/2015 – SMA Maahad Al Mashoor Al Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang
    IMG-20150816-WA0007 IMG-20150816-WA0006
  5. 13/08/2015 – SMK Tan Sri Abd Kadir, Felda Tenggaroh, Mersing, Johor
    11857513_1092233820805632_976057116_n 11880088_1092233810805633_1964049729_n
  6. 11/08/2015 – SMK Sandakan II, Sandakan Sabah
  7. 11/08/2015 – SMKA Tun Juhar, Sandakan, Sabah

JUN 2015

  1. 16/06/2015 – SMK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur
    IMG-20150823-WA0012 IMG-20150823-WA0014
  2. 15/06/2015 – SM Sains Alam Shah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

MEI 2015

  1. 14/05/2015 – SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya
    11239623_594131664023174_3835043537351264954_o 11206108_594104314025909_5148429086244795518_n
  2. 13/05/2015 – SMK Petaling Jaya, Selangor
    11039819_841952475883599_4254786826585784858_o
  3. 12/05/2015 – SAMT Kuala Kubu Baru, Selangor
    IMG-20150513-WA0007 11012527_1108065149208851_7189811173828940399_n
  4. 11/05/2015 – SMK Chiku 2, Gua Musang, Kelantan
    IMG-20150511-WA0034 IMG-20150511-WA0041
  5. 10/05/2015 – SK Aring, Gua Musang, Kelantan
    IMG-20150511-WA0043 IMG-20150511-WA0044
  6. 09/05/2015 – SMK Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan
    11202944_746009725515995_6132102032833427076_o 11038261_746009778849323_6054937906494133567_o
  7. 07/05/2015 – SMK Sungai Tong, Setiu Terengganu
    IMG-20150528-WA0007 IMG-20150528-WA0005
  8. 06/05/2015 – SM Teknik Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
    IMG-20150506-WA0007 IMG-20150506-WA0011
  9. 06/05/2015 – SMK Tengku Lela Segara, Marang, Terengganu
    IMG-20150506-WA0021 IMG-20150506-WA0020

APRIL 2015

  1. 29/04/2015 – SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
    11168965_968646903176297_616114342_n 11166057_968647253176262_1442972811_n
    FBwallpaper
  2. 28/04/2015 – MGKK Kota Tinggi, Johor
  3. 28/04/2015 – SMK Air Tawar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi Johor
  4. 27/04/2015 – SMA Parit Raja, Batu Pahat Johor
    11121692_10206635901287139_1730404808_n 11178462_10206635903847203_2132927036_n
  5. 20/04/2015 – SMK Bukit Bandaraya, Bangsar Kuala Lumpur
    11130676_914811388556946_318949341_n 11160516_914811361890282_208825485_n 11121585_914811278556957_1352383108_n
  6. 03/04/2015 – SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
    IMG-20150422-WA0019 IMG-20150422-WA0017

Mac 2015

  1. 31/03/2015 – SMKA Mohammad Ali, Ranau, Sabah
    IMG-20150404-WA0003 IMG-20150404-WA0002
  2. 09/03/2015 – SM Islam Al-Amin, Gombak, Selangor Darul Ehsan
  3. 07/03/2015 – Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak Kuala Lumpur
  4. 04/03/2015 – SMK Mutiara Rini, Skudai, Johor
    IMG-20150306-WA0002 IMG-20150306-WA0001
  5. 03/03/2015 – Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan Pahang
    IMG-20150316-WA0005 IMG-20150316-WA0007

Februari 2015

  1. 27/02/2015 – Madrasah Al-Attas Al-Arabiah, Ulu Tiram, Johor
    IMG-20150227-WA0012 IMG-20150227-WA0010
  2. 26/02/2015 – SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya, Johor
    10155220_1022273014453472_1462020260905550973_n 11025668_1022269757787131_7130442882106391238_n (1) 1653722_1022265917787515_3624285359638282474_n

Januari 2015

  1. 24/01/2015 – SM Islam Al-Amin Bestari, Merlimau, Melaka
    2015-01-24 09.18.06 2015-01-24 11.22.29
  2. 21/01/2015 – SMK Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor
    IMG-20150131-WA0012 IMG-20150131-WA0013 (2)
  3. 20/01/2015 – SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor
    2015-01-20 10.54.33 2015-01-20 10.54.40
  4. 18/01/2015 – SM Integrasi Sains Tahfiz, MAIWP, Kuala Lumpur (ibubapa dan pelajar-pelajar tingkatan 5)
    2015-01-18 10.10.55 2015-01-18 11.48.58
  5. 17/01/2015 – SM Integrasi Sains Tahfiz, MAIWP, Kuala Lumpur (ibubapa pelajar-pelajar tingkatan 4)
     2015-01-17 10.27.15
  6. 13/01/2015 – SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor
    S18_shahalam_2015_2 S18_shahalam_2015_3

November 2014

  1. SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka
  2. SMK Jasin, Jasin Melaka
  3. SMA MAIWP, Kuala Lumpur

Oktober 2014

  1. SMISTA – MAIWP, Kuala Lumpur
  2. SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur
  3. SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
  4. Yayasan Anak-anak Yatim Kelantan (YAATIM)

September 2014

  1. SMA MAIWP, Kuala Lumpur
  2. SMA AL-Ittihadiah, Kampong Relai, Kerambit, Kuala Lipis, Pahang
  3. SMK Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang
  4. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
  5. SM Imtiaz yayasan Terengganu, Bandar Al-Muktafibillah Shah, Terengganu

Ogos 2014

  1. SMK Entabuan, Tenom, Sabah
  2. SM Chung Hwa, tenom, Sabah

Julai 2014

  1. Majlis Ugama Islam Sabah
  2. Kompleks Belia & Sukan, Kuching, Sarawak
  3. Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan
  4. Agensi Anti Dadah Pulau Pinang
  5. SMK Hutan Kampong, Alior Setar, Kedah
  6. SM Teknik Ipoh, Perak

Mei 2014

  1. SAM Bestari, USJ Subang jaya, Selangor
  2. SMK Skudai Johor Bahru, Johor
  3. SMK Parit Raja, Batu Pahat, Johor

April 2014

  1. SAM Unwanus Saadah, Kancong Darat, Banting Selangor
  2. SMK Tanjung Sepat, Banting, Selangor

Mac 2014

  1. SMK Mutiara Rini, Skudai, Johor
  2. SMI Hira’ Jeram Selangor

Februari 2014

  1. SMI Al-Amin Bestari, Merlimau, Melaka

Januari 2014

  1. SMI AL-Amin, Gombak Selangor

September 2013

  1. SMA MAIWP Kuala Lumpur
  2. Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan
  3. Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas Kelantan

Mei 2013

  1. Guru-guru kaunseling Daerah Gua Musang Pejabat Pendidikan Daereh Gua Musang, Kelantan

Februari 2013

  1. Suria Hotel, Kota Bharu, Kelantan
  2. SMK Sultan Ismail, Kota Bharui, Kelantan
  3. Hotel Kenangan Kuala Terengganu,. Terengganu
  4. SM Teknik Terengganu, Kuala Terengganu
  5. City Times Hotel Kuantan

Ogos 2013

  1. SM Islam Al-Amin, Gombak

Mar 2013

  1. SMK Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

Oktober 2012

  1. SMK Rawang, Selangor
  2. SM Sains Kota Tinggi, Johor
  3. Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor
  4. SMKA Bandar Penawar, Johor

Jun 2012

  1. SMA MAIWP, Kuala Lumpur
  2. SBPI Batu Rakit Kuala Terengganu
  3. SMK Tengku Lela Segara, Marang, Terengganu

Jan 2012

  1. SM Islam Al-Amin, Gombak, Selangor

Share This:

Recent Posts

Pengiktirafan, Kelulusan, Akreditasi – KPTM, KPM, JPA, MQA dll..

Jangan mudah terkeliru dengan kenyataan-kenyataan yang menggunapakai nama-nama kementerian, Jabatan atau agensi tertentu untuk satu-satu program pengajian.

contohnya

  • Program yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia / Kementerian Pendiikan Malaysia
  • Program yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Program yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kedua-dua kementerian ini tidak memberikan kelulusan terhadap mana-mana program pengajian secara langsung tetapi melalui agensi di bawahnya iaitu Agensi Kelayakan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MQA (Malaysian Qualification Agency), yang dahulunya pernah menggunakan nama Lembaga Akreditasi Negara (LAN). MQA pula tidak mengiktiraf mana-mana IPT tetapi memberikan kelulusan dan akreditasi bagi setiap program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPT.

Peranan Setiap Agensi 

MQA memberikan kelulusan kepada sesebuah IPT untuk memulakan satu-satu program pengajian. Kelulusan diberi berdasarkan kepada kesediaan IPT berkenaan untuk memulakan program pengajian. Persediaan dinilai berdasarkan berbagai aspek dari segi persediaan kurikulum pengajian, tenaga pengajar, kemudahan bilik kuliah, makmal dan lain-lain sekurang-kurangnya untuk 2 semester pertama bersama dengan unjuran untuk semester pengajian berikutnya sehinggalah semester terakhir pengajian. MQA akan melantik panel untuk melawat IPT berkenaan untuk menilai kesediaan IPT memulakan program tersebut dan IPT hanya boleh membuat pengambilan pelajar setelah mendapat kelulusan dari MQA.

Kelulusan ini juga dikenali sebagai Akreditasi Provisional (Provisional Accreditation) – Yang bermakna program ini belum mendapat akreditasi sepenuhnya.

Setelah pengambilan pelajar dibuat, panel MQA akan datang melawat ke IPT berkenaan untuk memastikan program telah dijalankan sebagaimana sepatutnya dan memeriksa persediaan IPT untuk memulakan semester berikutnya bagi kumpulan pertama pelajar program berkenaan. Lawatan ini akan dilakukan pada setiap semester pengajian bagi pelajar kumpulan pertama ini; Jadi IPT hendaklah memastikan segala keperluan program sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen program dipatuhi sepenuhnya serta mengambil tindakan sewajarnya diatas apa juga teguran dan cadangan yang diberikan oleh panel MQA yang melawat IPT. Panel MQA juga akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pelajar progam berkenaan sahaja (tanpa kehadiran kakitangan IPT) untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar jika ada perkara yang perlu diberikan perhatian untuk disalurkan kepada pihak IPT oleh panel MQA tersebut.

Setelah memenuhi segala keperluan di sepanjang pengendalian program dari semester 1 sehinggalah ke semester terakhir, panel MQA akan membuat pengesyoran kepada IPT berkenaan untuk mengemukakan permohonan akreditasi penuh (full accreditation) pada semester terakhir pengajian pelajar kumpulan pertama program pengajian berkenaan. Jika semua keperluan dipenuhi maka Sijil Akreditasi bagi program berkenaan akan diperolehi sebelum pelajar kumpulan pertama bergraduat – bermakna pelajar yang bergraduat ini; Bergraduat dari program pengajian yang telah mendapat perakuan akreditasi (penuh) dari MQA. Program yang telah mendapat perakuan akreditasi dari MQA akan disenaraikan di dalam Daftar Kelayakan Malaysia atau MQR (Malaysian Qualification Register) di http://www2.mqa.gov.my/mqr/. Pengguna telefon pintar boleh memuat-turun aplikasi mudahalih MQR untuk diguna di telefon pintar

Dalam bahasa yang mudah, program yang telah mendapat akreditasi adalah program pengajian yang telah terbukti sempurna dijalankan sebagaimana sepatutnya ia dijalankan. 

Akreditasi yang diberikan untuk program berkenaan dan bukan kepada keseluruhan institusi yang mungkin boleh dikelirukan dengan kenyataan seperti semua program telah mendapat pengiktirafan MQA (sedangkan dalam keadaan sebenar ianya tidak begitu – sepatutnya mendapat kelulusan atau akreditasi dari MQA)

Peranan Kementerian Pendidikan Tinggi pula adalah untuk meluluskan lesen bagi sesebuah IPT untuk beroperasi. Jadi adalah tidak mungkin dengan mudahnya ada IPT yang beroperasi tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi kerana untuk beroperasi di sesebuah premis, bangunan dan seumpamanya, IPT tersebut perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, dan agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Bomba, Kesihatan dan lain-lain. Yang menjadikan mustahil untuk berlakunya satu bentuk penipuan seperti adanya sebuah bangunan dengan papan tanda nama institusi untuk beroperasi.

JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) tidak lagi memberikan apa-apa pengiktirafan kepada mana-mana program pengajian yang ditawarkan oleh IPT (IPTA/IPTS) dalam negara kerana peranan tersebut telah diambil alih oleh Agensi Kelayakan Malaysia; Yang bermakna semua program pengajian yang diluluskan dan mendapat akreditasi MQA adalah diiktiraf oleh JPA; JPA tidak memberikan pengiktirafan secara langsung kepada mana-mana program pengajian atau IPT.

JPA pernah diberi tanggung-jawab untuk menyediakan senarai program pengajian di universiti-universiti luar negara yang diiktiraf, namun kini peranan tersebut telah ditempatkan di Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang boleh disemak di laman web Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam di https://app.mohe.gov.my/iktiraf/ 

Apa yang pelajar, ibubapa dan guru perlu tahu

Apabila pelajar merancang untuk menyambung pengajian ke IPT (IPTA/IPTS) apa yang penting diketahui adalah samada program pengajian yang ingin dipohon telah mendapat kelulusan atau tidak atau telah mendapat akreditasi. Tidak mudah untuk sesebuah IPT untuk menipu pelajar dengan menawarkan program pengajian yang tidak mendapat kelulusan atau akreditasi, kerana hanya program yang telah mendapat kelulusan atau akreditasi sahaja yang melayakkan pelajarnya untuk mendapatkan pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), MARA atau agensi lain.

Jadi tidak timbul cerita seperti masuk belajar di sebuah IPT, ambil pinjaman PTPTN tetapi program tidak diiktiraf, duit pinjaman lesap dan pelajar terpaksa menanggung kerugian untuk membayar balik pinjanan PTPTN – ini tidak mungkin berlaku.

Adalah merupakan satu kesalahan besar yang boleh menyebabkan ketua eksekutif IPT berkenaan boleh dipenjarakan sekiranya gagal menjelaskan denda kesalahan melakukan perbuatan ini yang sangat berat.

Pelajar dan ibubapa berhak untuk meminta untuk mendapatkan maklumat tentang kelulusan atau akreditasi program yang ingin dipohon daripada IPT berkenaan. Untuk program pengajian yang telah mendapat akrediasi, ianya boleh disemak di laman web Daftar Kelayakan Malaysia

Antara program yang mendapat kelulusan dan program yang mendapat akreditasi

Setelah dijelaskan di atas, mungkin timbul persoalan bagi pelajar dan ibu bapa untuk memilih samada program yang mendapat kelulusan atau pun program yang telah mendapat akreditasi dari MQA.

Dari segi persediaan IPT, program yang hanya mendapat kelulusan akan meletakkan sesebuah IPT akan sentiasa bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan yang perlu bagi memenuhi apa juga syarat yang ditetapkan untuk program tersebut mendapat akreditasi. Secara tidak langsung pelajar akan dapat menikmati segala kemudahan yang terbaik diberikan oleh IPT berkenaan.

IPT biasanya tidak akan mengambil risiko untuk tidak bersungguh-sungguh mendapatkan akreditasi kerana jika gagal mendapatkan akreditasi tersebut ianya bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi reputasi IPT berkenaan pada pandangan umum tetapi juga akan turut menjejaskan pengambilan pelajar di masa akan datang – satu risiko yang besar untuk diambil mudah oleh sesebuah IPT

IPTS yang memulakan satu  program pengajian baru ada di antaranya yang menawarkan pada kadar yuran yang lebih rendah untuk menarik bilangan pelajar menyertainya kerana pelajar mungkin kurang tertarik kepada program yang belum mendapat akreditasi

Bagi program yang telah mendapat akreditasi, yang bolehlah digambarkan sebagai satu program pengajian yang cukup matang dikendalikan oleh sesebuah IPT. Yang mungkin juga akan seterusnya menyebabkan

  • Bilangan yang memohon ramai dan memerlukan kelayakan yang tinggi untuk layak memohon dan untuk berpeluang mendapat tempat
  • Yuran pengajian juga mungkin lebih tinggi daripada program yang hanya mendapat kelulusan

Namun tidaklah boleh dikatakan program yang telah mendapat akreditasi itu lebih baik berbanding program yang hanya mendapat kelulusan. Mungkin pelajar dan ibubapa perlu melihat dari aspek lain untuk membuat pertimbangan memilih, seperti faktor kemudahan yang disediakan, lokasi dan ada juga yang melihat keteguhan institusi – disokong di belakangnya oleh siapa – samada orang perseaorangan atau syarikat yang besar demi menjamin kelangsungan IPT berkenaan.

Share This:

  1. Panduan Permohonan ke IPTA/ILKA untuk lepasan SPM & STPM Comments Off on Panduan Permohonan ke IPTA/ILKA untuk lepasan SPM & STPM
  2. Memilih Program Pengajian yang Sesuai Comments Off on Memilih Program Pengajian yang Sesuai
  3. Persepsi Yang Silap Comments Off on Persepsi Yang Silap
  4. Peluang Melanjutkan Pengajian untuk Pelajar Aliran Sastera (SPM) Comments Off on Peluang Melanjutkan Pengajian untuk Pelajar Aliran Sastera (SPM)
  5. Permohonan ke ILKA Melalui UPU (2017) bagi Lepasan SPM Comments Off on Permohonan ke ILKA Melalui UPU (2017) bagi Lepasan SPM
  6. Program Khas Halatuju Pendidikan Selepas SPM Comments Off on Program Khas Halatuju Pendidikan Selepas SPM
  7. Pesanan Awal Untuk Lepasan SPM Comments Off on Pesanan Awal Untuk Lepasan SPM
  8. Panduan dari tamat Diploma untuk terus ke Ijazah Sarjana Muda Comments Off on Panduan dari tamat Diploma untuk terus ke Ijazah Sarjana Muda
  9. ASASIPintar UKM – platform terbaik untuk pelajar yang berminat untuk menceburi bidang penyelidikan Comments Off on ASASIPintar UKM – platform terbaik untuk pelajar yang berminat untuk menceburi bidang penyelidikan
  10. Halatuju Pendidikan Selepas PT3 – antara laluan akademik atau pendidikan vokasional di Kolej Vokasional Comments Off on Halatuju Pendidikan Selepas PT3 – antara laluan akademik atau pendidikan vokasional di Kolej Vokasional
  11. Panduan Untuk Lepasan PT3 Memilih Aliran Pengajian Tingkatan 4 (Sains atau Sastera) Comments Off on Panduan Untuk Lepasan PT3 Memilih Aliran Pengajian Tingkatan 4 (Sains atau Sastera)
  12. Program-program Asasi di IPTA Comments Off on Program-program Asasi di IPTA
  13. Antara Program Diploma & Pra-Universiti (Asasi/matrikulasi) ….dari aspek kewangan Comments Off on Antara Program Diploma & Pra-Universiti (Asasi/matrikulasi) ….dari aspek kewangan
  14. Halatuju…. Comments Off on Halatuju….
  15. Buku Panduan Masuk IPT Comments Off on Buku Panduan Masuk IPT
  16. Program-program untuk 2017 Comments Off on Program-program untuk 2017
  17. Mulakannya Sekarang Leave a reply
  18. Program Sepanjang 2016 Leave a reply
  19. Sembang-sembang Halatuju Pendidikan Selepas PT3(2016) Leave a reply
  20. Pilihan Laluan Pendidikan Selepas PT3 Comments Off on Pilihan Laluan Pendidikan Selepas PT3
  21. Khas menjelang SPM 2016 Comments Off on Khas menjelang SPM 2016