SINGLE WINDOW – SINGLE OFFER

Bermakna pelajar hanya perlu beli satu(1) nombor pin sahaja untuk mengemukanan permohonan melalui satu laman web sahaja – single window

Juga bermakna melalui hanya satu(1) tempat@portal permohonan pelajar lepasan SPM boleh memohon ke semua program pengajian di institusi awam – Matrikulasi, IPTA, ILKA dan IPGM

Tetapi hanya akan menerima satu(1) tawaran sahaja samada tawaran melanjutkan pengajian ke Matrikulasi, IPTA, ILKA atau IPGM sahaja, tidak lagi seperti sebelum ini ada pelajar yang mendapat tawaran ke matrikulasi dan juga IPTA (2 tawaran). Malah ada juga yang mendapat tawaran ke IPGM (3 tawaran) yang sebelum ini paling akhir ditawarkan.

Pernah ada pelajar yang mendapat 2 tawaran ke Matrikulasi dan IPTA) telah pada mulanya menolak tawaran ke matrikulasi, dan menerima tawaran ke IPTA tetapi kemudiannya berhenti@keluar dari IPTA setelah mendapat tawaran ke IPGM setelah 2 – 3 minggu belajar di IPTA. Dalam keadaan ini ia sebenarnya sangat merugikan kerana setelah pelajar keluar dari IPTA dan menerima tawaran ke IPGM, tempat tersebut (di IPTA) kemungkinan besar tidak akan dapat diganti dengan pelajar lain kerana pada masa itu ianya sudah agak lewat (minggu ke 2 – 3 pengajian di IPTA); Walaupun mungkin ada pelajar yang sebenarnya layak mendapat tempat tersebut, tetapi pada masa itu ianya sudah terlalu lewat untuk ditawarkan. Ia sebenarnya menutup peluang kepada pelajar berkenaan (cuba bayangkan jika kita yang berada di kedudukan tersebut)

Jadi untuk kemasukan 2020, ada kemungkinan pengumuman tawaran kemasukan ke Matrikulasi, IPTA, ILKA dan IPGM akan diumumkan serentak dan pelajar yang memohon hanya akan mendapat satu(1) sahaja tawaran melanjutkan pengajian.

Bagaimana nak pastikan pelajar akan mendapat tawaran tempat pengajian yang pelajar inginkan, kerana apabila telah mendapat tawaran, ianya adalah muktamad – tak boleh tukar lagi ?

Ada yang mencadangkan untuk hanya memohon ke program yang diinginkan sahaja, tidak memohon ke program yang tidak diinginkan, supaya nanti ditawarkan hanya ke program yang diinginkan saja, dan tidak ditawarkan ke program lain. Ini satu cara yang betul, namun pelajar juga mesti memastikan juga dia betul-betul layak (berdasarkan syarat dan meritokrasi) untuk program yang dipohon, sebab pernah ada pelajar yang menolak tawaran ke matrikulasi dan mengharapkan untuk mendapat tempat di IPTA. Dari segi syarat pelajar tersebut layak untuk ke kedua-dua program, tetapi dari segi merit, peluangnya lebih baik untuk ke matrikulasi berbanding untuk ke IPTA. Sedihnya pelajar tersebut setelah menolak tawaran ke matrikulasi, gagal untuk ke IPTA kerana markah meritnya untuk ke IPTA lebih rendah berbanding markah merit untuk ke matrikulasi.

Untuk itulah sangat penting untuk pelajar betul-betul memahami kaedah pengiraan merit agar, markah merit itu dapat dijadilkan panduan terbaik untuk memohon ke program yang pelajar betul-betul layak – bukan sahaja berdasarkan syarat, tetapi yang lebih penting meritokrasi.

Bezakan betul-betul antara yang kita betul-betul layak dengan apa yang kita nak kerana apa yang kita nak itu mungkin kita tak betul-betul layak (mungkin lepas syarat kelayakan minima tetapi markah meritnya rendah). Adalah tidak tepat untuk cuba-cuba memohon, mana tahu kalau-kalau nasib baik dapat, sebaliknya anda sebenarnya akan merugikan peluang untuk memohon jika memohon ke program yang susah agak pasti tak akan dapat ditawarkan, bukankah lebih baik difokuskan untuk memohon ke program yang pelajar betul-betul layak sahaja.

Tiada lagi untuk memilih-milih, tetapi kena pilih@mohon betul-betul….

Share This: