Tahun 2022 rasanya adalah tahun yang paling sibuk selepas 2 tahun agak menyepi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan penularan Covid19 di seluruh negara. Masing-masing terkejar-kejar untuk mengadakan program, usaha, kosultasi, dan berbagai lagi aktiviti yang telah telah 2 tahun tertangguh. Saya juga tidak sempat untuk menulis di blog ini kerana lebih tertumpu ke page facebook Perunding Halatuju Pendidikan di https://www.facebook.com/perundinghalatuju dan juga group facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM di https://www.facebook.com/groups/halatuju
Posting-posting lama sehingga akhir 2021 telah dipindahkan ke arkib di https://halatuju.com/2021 – jika ada yang ingin merujuk, Namun perlu berhati-hati sebab ada bahan yang telah dihantar sehingga akhir tahun 2021 mungkin tidak lagi sesuai untuk rujukan semasa.
Selepas sepanjang tahun 2022 saya ‘bercuti’ dari menulis di blog ini, insyaallah 2023 akan dimulakan dengan lebih fokus kepada aspek yang paling penting di dalam perancangan untuk melanjutkan pengajian – BIDANG PENGAJIAN yang merupakan salah satu daripada 3 faktor utama di dalam perancangan untuk melanjutkan pengajian selain dari faktor-faktor PROGRAM dan INSTITUSI Pengajian sebagai rujukan kepada pelajar, guru dan juga ibu bapa.