COMPUTER GAMERS PUN ADA MASA DEPAN
Jangan sekali-kali memandang mereka rendah dan mereka pun jangan merasa rendah diri, Setiap pelajar ada masa hadapan yang cerah asalkan sanggup dan sedia untuk berusaha mencapainya. Di satu aspek ianya memang nampak sebagai aktiviti yang membuang masa – bermain permainan komputer (computer games). Kalau sekadar bermain semata-mata, rasanya memanglah membuang masa, tetapi jika sambil bermain, kita berfikir seperti tentang bagaimanakah permainan ini dicipta, menggunakan perisian apa, apa ilmu yang seorang pereka permainan ini mesti ada, alangkah baiknya kalau kita sendiri pun boleh mencipta satu permainan komputer yang lebih hebat, lebih mencabar dan berbagai lagi ciri yang menarik jika dapat jadi Computer Game Designer sendiri.
Pengalaman bermain permainan komputer sebenarnya sangat menarik apabila pemain terpaksa berjuang untuk ke tahap yang lebih tinggi. Adengan dalam setiap tahap yang menarik mungkin boleh dipelajari untuk menghasilkan bahan untuk kegunaan lain seperti untuk mata-mata pelajaran lain sebagai education software programmer atau menjadi seorang computer programmer yang hebat. Mereka juga mampu untuk menghasilkan animasi dan grafik yang menarik.
Seorang yang mampu menjadi pengaturcara komputer, menghasilkan pengimejan grafik yang menarik tidak mustahil jika satu hari nanti menjadi seorang pensyarah dalam bidang yang berkaitan seperti Wan Hazmer, graduan Institut Teknologi Maklumat Asia Pasifik (APIIT) yang pernah terlibat dalam rekaan untuk permainan komputer yang tersohor satu masa dulu – Final Fantasy suatu masa dulu. Beliau kini melatih generasi muda di dalam perekaan permainan komputer di Cyberjaya. Malah tidak mustahil untuk menjadi seorang penulis novel, skrip filem ceraka fiksyen sains yang hebat
Di dalam permainan simulasi tidak kurang juga pemain perlu berfikir – memikirkan strategi yang berkesan, yang terbaik untuk menang di dalam permainan; Yang mana begitulah juga dalam kehidupan dan pekerjaan kita yang sentiasa memerlukan strategi tertentu untuk berjaya – samada dalam politik, perniagaan, pembangunan dan seumpamanya, sentiasa perlu ada seorang Strategiest untuk memikirkan strategi yang terbaik untuk mencapai kejayaan – mungkin melalui pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan, sains politik dan seumpamanya.
Di dalam permainan komputer yang berbentuk simulasi peperangan biasanya akan melibatkan penggunaan senjata yang kadang-kadang luar biasa, tidak masuk akal kewujudannya. Kejayaan Israel mencipta senjata pertahanan yang bernama iron dome untuk menghalang serangan roket dikatakan tidak ubah seperti apa yang pernah wujud dalam permainan komputer warcraft satu masa dahulu.
Tidak di dalam perekaan persenjataan sahaja, wujud berbagai gadget untuk tujuan permainan komputer, dan untuk bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga.
Apa yang penting, pelajar tidak boleh sehingga terabai masa dengan asyik bermain permainan komputer sehingga melupakan tanggung jawab untuk belajar. Belajarlah tentang games@permainan yang dimainkan itu – bagaimana ianya dicipta, apakah cerita disebalik permainan itu, bagaimana ianya mungkin boleh di bawa keluar daripada kotak komputer ke dunia sebenar di mana pelajar boleh menjadi sebahagian daripada sejarah di masa akan datang.