IKRAR AKU JANJI YANG REALISTIK BUKAN SEKADAR RETORIK SEMATA-MATA

Awal-awal dulu saya pernah dijemput untuk menyampaikan ceramah bersempena dengan Majlis Ikrar Aku Janji pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun berkenaan.

Apa yang dirasakan agak janggal adalah apa yang saya sampaikan itu tidaklah diterapkan di dalam ikarar pelajar yang ada antaranya sekadar berikrar seperti untuk mencapai keputusan cemerlang sahaja – yang dirasakan tidak lebih dari sekadar retorik pada laungan ikrar semata-mata.

Selepas itulah baru dapat dicadangkan kepada beberapa sekolah agar ianya dibuat secara realistik berdasarkan apa yang pelajar sendiri ingin capai – berdasarkan

  1. Apakah cita-cita kerjaya pelajar
  2. Program pengajian yang akan menganugerahkan kelayakan yang diperlukan untuk mengisi jawatan cita-cita kerjaya tersebut
  3. Syarat kelayakan minima untuk layak memohon dan merit untuk mencerahkan peluang pelajar mendapat tempat yang dipohon

pencapaian pelajar untuk memperolehi merit yang diperlukan inilah nanti yang akan dimasukkan ke dalam borang ikrar aku janji pelajar untuk diikrarkan – secara yang spesifik untuk mencapai gred apa di dalam mata pelajaran apa demi untuk melayakkannya untuk memohon dan mencerahkan peluang untuk mendapat tempat yang dipohon

Share This: