KE MANA SELEPAS TINGKATAN 3
Ramai yang mungkin melihat laluan ke sekolah-sekolah khusus (SBP/ SBPI/ SMKA/ MTD/ dll.) dan Kolej Vokasional sebagai antara pilihan laluan pendidikan selepas tingkatan 3. Memang betul, pendidikan di sekolah-sekolah khusus boleh membuka peluang yang lebih baik untuk pelajar seterusnya mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM untuk seterusnya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi; Atau pilihan ke Kolej Vokasional untuk mengikuti pengajian dalam bidang-bidang kemahiran sebagai persediaan untuk menyertai dunia pekerjaan atau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Namun tidak bermakna yang kekal di sekolah asal ke tingkatan 4 dan 5 untuk seterusnya menduduki peperiksaan SPM tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Apa yang penting adalah setiap pelajar mesti tahu apakah cita-cita kerjaya yang ingin dicapai di masa akan datang yang akan ditentukan berdasarkan aliran pengajian pelajar di tingkatan 4, 5 dan seterusnya untuk menduduki peperiksaan SPM, di mana pencapaian di dalam SPM itu akan menentukan peluang untuk melanjutkan pengajian.
Perlu ada perancangan yang jelas dan rapi di dalam memilih laluan untuk mencapai cita-cita kerjaya pelajar yang akan ditentukan bermula daripada aliran pengajian di peringkat SPM sebagaimana di dalam contoh di bawah – laluan untuk ke ijazah perubatan.