MERITOKRASI KE INSTITUSI AWAM

Meritokrasi adalah bertujuan untuk memilih pemohon yang paling layak dari kalangan semua pemohon yang layak memohon dan telah mengemukakan permohonan ke satu-satu program pengajian.

Contohnya ada satu program pengajian di IPTA yang syarat kelayakannya 5 kepujian (gred C) atau dengan mudah disebut 5C. Katakanlah ada 10,000 yang telah memohon ke program tersebut dari kalangan lepasan SPM yang mendapat 5C, 5B, 5A selain yang dapat gred campuran gred C dan gred B dan gred A di mana semuanya layak memohon kerana melepasi syarat minima 5C.

Tetapi tempat yang ada untuk program pengajian tersebut hanya 500 tempat sahaja. Jadi untuk memilih yang 500 pemohon daripada 10,000 pemohon bagi mengisi tempat yang ada, digunakan sistem merit ni untuk mengira markah merit atau untuk mengenalpasti siapakah 500 pemohon yang terbaik dari kalangan semua 10,000 permohonan yang diterima.

Secara mudah kita mungkin sebut tentulah IPTA akan pilih pemohon yang dapat 5A berbanding yang dapat 5B atau yang dapat 5C. Tetapi untuk menjadikannya lebih berintegriti, satu sistem dibangunkan secara lebih sistematik untuk mengira markah merit setiap pemohon untuk mencari, mengenal-pasti pemohon yang terbaik dari segi merit secara sistematik.

Namun jika ada satu program pengajian yang ada 300 tempat untuk diisi dan yang memohon cuma 200 orang sahaja (di mana semua 200 pemohon tersebut melepasi syarat kelayakan minima) maka tidak timbul lagi soal pengiraan merit sebab semua 200 pemohon tersebut akan mendapat tempat tersebut – sebab tiada saingan yang berlaku, cuma kita tidak tahu program apa yang ada ramai pemohon dan yang tidak ramai pemohon sehinggalah semua permohonan diterima di UPU untuk diproses.

Jadi merit bertujuan untuk mengukur kedudukan setiap pemohon dalam persaingan untuk mendapat tempat yang terhad di institusi awam.

Sistem merit ni telah digunakan semenjak tahun 2001 lagi (mungkin tanpa kita sedar pun) dan saya pun hanya mula membincangkannya dalam group ini pada tahun-tahun 2012 – 2013 lagi apabila mula menggerakkan group Halatuju Pendidikan Selepas SPM ini (lihat posting terdahulu saya yang dipetik semula oleh UPU pada masa itu https://www.facebook.com/photo?fbid=470280359717481&set=a.299471176798401

May be an image of 1 person

Untuk memudahkan pelajar, guru dan ibubapa boleh download borang yang saya sediakan khusus untuk lebih mudah memahami dan membuat sediri pengiraan merit

Saya juga telah sediakan video untuk mempermudahkan lagi pemahaman pelajar, ibubapa dan guru tentang pengiraan merit di https://youtu.be/2NT4AbW1RbM

Dan kalau malas sangat boleh saja pelajar membuat pengiraan merit secara dalam talian di laman web UPU di https://upu.mohe.gov.my/index.php/panduan-calon/kalkulator-merit

Share This: