PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 & 5 (KSSM 2020) & ALIRAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI AWAM (UA@IPTA)
Kalau mungkin ada yang mungkin belum atau kurang jelas tentang perbezaan di antara pakej mata-mata pelajaran tingkatan 4 & 5 (KSSM) yang mula digunakan pada tahun 2020; Dan aliran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti-universiti awam untuk program pengajian bagi lepasan SPM, ianya adalah seperti berikut.
ALIRAN SAINS
Penentuan aliran bagi sains ialah calon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:
i. Mathematics
ii. Additional Mathematics
iii. Physics
iv. Chemistry
v. Biology atau mata pelajaran berikut:-
Additional Science/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Information and Communication
Technology/ Sains Komputer/ Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Perniagaan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Pengetahuan Sains Sukan/ Sains Sukan/ Pengurusan Makanan
ALIRAN SASTERA
Pelajar@Calon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera
sumber: https://upu.mohe.gov.my/images/PEKELILING_KEMASUKAN_LEPASAN_SPM_SESI_AKADEMIK_2021_2022.pdf
Manakala di sekolah yang kini tidak lagi menggunakan sistem aliran yang telah digantikan dengan kelas mengikut pakej mata pelajaran STEM A, STEM B, STEM C dan Pakej Kemanusiaan seperti berikut:
Ada yang mungkin keliru dan merasakan jika berada di dalam pakej STEM, ianya adalah aliran sains adalah tidak tepat kerana hanya yang berada di dalam pakej STEM A dan STEM B sahaja yang termasuk sebagai aliran sains di mana pelajar mendaftar mengambil mata-mata pelajaran sains tulen (Fizik, Kimia, Biologi (atau mata pelajaran lain yang boleh menggantikan Biologi) dan mata pelajaran Matematik Tambahan.
Manakala pelajar yang mengikuti pakej mata pelajaran STEM C dan Kemanusiaan @Ssastera Iktisas adalah dalam kategori aliran sastera untuk permohonan kemasukan ke IPTA. Pelajar di dalam pakej STEM C dan Kemanusiaan boleh mendaftar untuk mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan tetapi tidak akan mengubah status mereka sebagai pelajar aliran sastera; Tetapi dengan kelebihan di mana pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan program pengajian yang layak dipohon, termasuk juga untuk mendapat penajaan melanjutkan pengajian ke luar negara seperti yang ditaja oleh MARA dan JPA yang mensyaratkan pemohon memperolehi gred cemerlang di dalam mata pelajaran Matematik Tambahan untuk layak memohon.
Walaupun semua pelajar tingkatan 3 (2021) akan seterusnya secara automatik ke tingkatan 4, 5 dan seterusnya menduduki peperiksaan SPM; Setiap pelajar dan ibu bapa pelajar perlu tahu dan pastikan anak pelajar akan menyertai tingkatan 4 di dalam pakej mata pelajaran mana; Samada STEM A, STEM B, STEM C atau Pakej Kemanusiaan, Sastera Iktisas. Kerana aliran itulah nanti yang akan menentukan program pengajian di dalam bidang apa yang layak pelajar memohon melanjutkan pengajian di Universiti Awam selepas SPM kelak.
Sebaiknya dan penting adalah pelajar ada cita-cita kerjaya yang ingin dicapai, apakah kelayakan akademik yang diperlukan untuk layak mengisi jawatan cita-cita kerjaya tersebut dan di institusi manakah program pengajian di dalam bidang itu boleh diikuti – untuk mengetahui apakah syarat aliran pengajian dan mata pelajaran yang perlu diambil di peringkat SPM, bermula dari tingkatan 4.
Kepentingan
Jangan sampai pernah ada pelajar aliran sastera (pakej STEM C / Kemanusiaan@sastera iktisas) yang memperolehi keputusan cemerlang (straight A) di dalam SPM yang akhirnya kecewa kerana tidak layak untuk memohon ke program pengajian seperti asasi/ matrikulasi untuk seterusnya ke ijazah dalam bidang-bidang sains seperti bidang perubatan, pergigian, farmasi dan seumpamamya – yang hanya layak dipohon oleh lepasan SPM dari aliran sains. Lebih tepat yang mengambil pakej mata pelajaran STEM A yang merangkumi kesemua mata-mata pelajaran sains tulen Fizik, Kimia dan Biologi.
Kelebihan bagi pelajar yang berada di dalam pakej STEM A dan STEM B (atau aliran sains) adalah di mana mereka layak memohon ke lebih banyak program pengajian berbanding pelajar berada di dalam aliran sastera (STEM C dan Kemanusiaan)
Namun tidak juga bermakna ianya pilihan terbaik untuk setiap pelajar kerana ada juga pelajar yang memilih ke aliran sains (STEM A & B) tetapi gagal memperolehi keputusan cemerlang di dalam mata-mata pelajaran sains tulen dan matematik (matematik dan matematik tambahan) yang boleh menjejaskan peluang mereka untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam seperti program Asasi Undang-undang, Asasi TESL, Asasi Pengurusan dan beberapa program bukan sains lain) kerana penentuan dibuat berdasarkan meritokrasi yang akan mengambil kira mata-mata pelajaran sains tulen dan matematik kerana pelajar adalah pelajar aliran sains semasa menduduki SPM.
Penentuan dan pemilihan pakej mata pelajaran di tingkatan 4 dan 5 untuk seterusnya menduduki SPM rasanya jauh lebih penting berbanding untuk memohon ke sekolah-sekolah khusus melalui PKSK.