PENGENALAN

Featured

Setelah kira-kira 10 tahun menggerakkan Halatuju Pendidikan Selepas SPM yang sehingga kini telah mencapai sejumlah lebih 500 program di lebih 400 buah sekolah di seluruh negara; Selain gerakan yang berterusan melalui group facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM di www.facebook.com/groups/halatuju yang sehingga kini telah mempunyai ahli seramai lebih 115,000 orang dari kalangan pelajar, guru dan ibu bapa; Saya merasa sangat terpanggil untuk menggerakkan satu usaha khusus untuk sampai ke sekolah-sekolah di luar bandar yang mungkin tidak pernah tahu pun tentang halatuju pendidikan selepas SPM yang digerakkan ini yang mungkin disebabkan kurangnya pendedahan atau mungkin juga disebabkan kemampuan mereka yang agak terhad.

Berdasarkan sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3547-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2020/file – sehingga Jun 2020 terdapat 594 buah sekolah menengah (SMK dan SABK Menengah) di kawasan luar bandar di seluruh negara – satu bilangan yang agak besar berbanding bilangan semua sekolah menengah di seluruh negara yang berjumlah sebanyak 2,334 buah semuanya. Bilangan sekolah-sekolah luar bandar ini sebenarnya atau mewakili lebih kurang 25% daripada keselurhan sekolah menengah di seluruh negara.

Untuk menjayakannya ia mungkin akan mengambil masa antara 2 – 3 tahun (2021 – 2023) selain sumber kewangan yang agak besar. Namun ianya sangat perlu dilakukan sebagai bagi merapatkan jurang maklumat pelajar sekolah di bandar dan di luar bandar.

KOS
Kos@bayaran sebenar untuk mengadakan setiap program di pihak Perunding Halatuju Pendidikan adalah dari RM500 (secara dalam talian atau tanpa kos pengangkutan) dan boleh menjangkau sehingga RM800 – 900.00 atau lebih jika program yang melibatkan lokasi yang jauh seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak untuk program secara bersemuka (bergantung kepada lokasi program).

Untuk program khas ini saya menawarkannya sekolah-sekolah yang tersenarai sebagai sekolah-sekolah luar bandar pada kadar bayaran sebanyak RM200.00 sahaja iaitu hanya 40% daripada bayaran sebenar program sebanyak RM500.00.

Dan jika sampai masanya nanti program bersemuka dibenarkan, bayaranya tetap sama sebanyak RM200.00 tetapi pihak sekolah perlulah menampung kos tambahan bergantung kepada lokasi untuk menampung kos perbatuan@milage, tol atau tambang pengangkutan awam, penginapan (jika perlu untuk lokasi jauh) dan lain-lain kos untuk menjayakan program ini.

  • setiap program adalah antara 2 – 3 jam
  • tiada had bilangan penyertaan (bergantung kepada perisian yang pihak sekolah perlu sediakan untuk diguna semasa program – Google Meet atau Zoom)
  • kehadiran@penyertaan ibubapa pelajar sangt dialu-alukan
  • bahan dalam format pdf disediakan untuk pelajar

Secara peribadi saya kurang yakin untuk mengadakan program secara percuma yang sering akan dinilai sebagai program yang tiada nilai. Diharapkan dengan sedikit bayaran yang perlu ditanggung pihak sekolah atau mungkin oleh pelajar secara tidak langsung melalui yuran atau dari peruntukan kerajaan; atau sumbangan dari pemegang taruh seperti ibu bapa, pimpinan masyarakat setempat, alumni sekolah dan lain-lain pihak yang prihatin – akan menjadikan program ini kekal bernilai tinggi berserta dengan komitmen yang tinggi untuk setiap peserta program.

MATLAMAT PROGRAM
Menjelaskan kepada pelajar calon SPM tentang apakah bentuk pencapaian yang perlu mereka sasarkan pencapaiannya di dapam peperiksaan SPM untuk mencerahkan peluang melanjutkan pengajian selepas SPM dan mencapai cita-cita kerjaya mereka – lihat kandungan program.

PELAKSANAAN PROGRAM
Apa yang dirancangkan adalah untuk sekiranya situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat-kuasa sekarang berakhir – membolehkan program secara bersemuka dapat diadakan di setiap sekolah yang terlibat bermula pada awal bulan September 2021. Namun sekiranya keadaan belum berubah sehingga akhir Ogos 2021 untuk membolehkan program secara bersemuka diadakan, program secara dalam talian akan dimulakan pada awal bulan September 2021, menggunakan apa juga fasilti atau platform yang termampu untuk pihak sekolah sediakan.

Sekolah yang tersenarai bolehlah memberikan maklumbalas tarikh pelaksanaan program ini

PROGRAM INI AKAN DITERUSKAN

Kalau tidak diingatkan oleh Facebook memories, saya pun sudah terlupa yang saya pernah menawarkan diskaun bayaran untuk program ceramah halatuju pendidikan selepas SPM kepada sekolah-sekolah luar bandar (lebih 500 buah kesemuanya) yang saya mula tawarkan sekitar bulan Ogos 2021 lalu semasa kita masih dalam PKP – yang tidak membenarkan program diadakan secara bersemuka.

Alhamdulillah walaupun baru hanya 5 buah sekolah yang telah merebut peluang untuk mengadakan program ini pada tahun lepas (2021)

  1. SMK Ulu Bernam – 5 September 2021
  2. SMK Chepir, – 5 Oktober 2021
  3. SMK Changkat Beruas – 16 Oktober 2021
  4. SMK Seri Lalang – 14 Oktober 2021
  5. SAM Unwanus Saadah – 30 Mac 2022

Setelah keadaan@ancaman covid19 mula pulih, tiada lagi sekatan perjalanan mulai Oktober 2021 dan program secara bersemuka telah mula diadakan dari Januari 2022 saya pun terlupa langsung tentang program ini.

Saya akan tetap memenuhi komitmen saya adalah untuk meneruskan program ini – dengan memberikan diskaun bayaran untuk program ceramah bagi sekolah-sekolah luar bandar yang boleh dirujuk senarainya di https://halatuju.com/sekolahluarbandar/senarai-sekolah/ – yang boleh diadakan secara talian (tanpa kos tambahan untuk pengangkutan ke lokasi program) atau secara bersemuka (dengan kos pengangkutan ke lokasi program)

rebutlah peluang ini sebelum saya (mungkin) akan bersara apabila sampai masanya nanti

MASIH ADA 590 BUAH SEKOLAH LAGI

May be an image of text

Sehingga berakhirnya tahun 2021 masih ada 590 buah sekolah lagi (daripada 594 buah sekolah) yang belum merebut kesempatan untuk mengadakan program yang ditawarkan khas ini. Baru hanya 4 buah sekolah yang telah mengambil dan merebut peluang dan kesempatan yang ditawarkan ini.

  1. SMK Ulu Bernam – 5 September 2021
  2. SMK Chepir, – 5 Oktober 2021
  3. SMK Changkat Beruas – 16 Oktober 2021
  4. SMK Seri Lalang – 14 Oktober 2021

Mungkin disebabkan pada bulan-bulan November kebanyakkan sekolah sedang mengadakan peperiksaan dan diikuti bulan Disember cuti sekolah. Di harapkan bermula bulan Januari 2022 ini akan ada sekolah yang akan merebut peluang ini dengan segera

Beberapa buah sekolah telahpun menghubungi saya tetapi belum menetapkan tarikh untuk mengadakan program Halatuju Pendidikan Selepas SPM. Di dalam keadaan pendemik Covod-19 yang masih belum reda dan larangan untuk mengadakan program bersemuka yang mungkin akan berlarutan untuk tempoh masa yang agak panjang, program yang ditawarkan ini secara dalam talian dengan bayaran hanya sebanyak RM200.00 sahaja (berbanding kadar sebenar RM500.00) adalah pilihan terbaik untuk sekolah-sekolah di luar bandar merebut peluang terbaik ini.

Anda boleh semak untuk memastikan sekolah anda ada di dalam senarai sekolah-sekolah terpilih dan boleh menghubungi saya terus melalui borang dalam talian yang tersedia di https://halatuju.com/sekolahluarbandar/senarai-sekolah/

PROGRAM #1 : SMK ULU BERNAM

May be an image of 1 person and text that says 'EMETSUPUAEI SMK ULU BERNAM HALA TUU KERJAYA SELEPAS SPM 5 SEPTEMBER 2021 (AHAD) 10.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI GOOGLE MEET Sasaran Semua Murid Ting. 4 &5, Ibu bapa dan guru EN. MUSTAFA BIN ABDULLAH PERUNDING HALATUJU KERJAYA'

Hari ini Ahad 5 September 2021 mencatat sejarah sekolah pertama daripada lebih 500 buah sekolah luar bandar yang menerima tawaran saya untuk mengadakan program khas halatuju pendidikan selepas SPM khas untuk sekolah-sekolah luar bandar.

Kehadiran pelajar, guru dan ibubapa juga sangat menggalakkan. semoga mereka semua mendapat manfaat terbaik dari program ini

May be an image of 5 people, screen and text

Sebenarnya saya merasa amat terharu apabila SMK Ulu Bernam sebagai sekolah yang pertama yang memberikan maklumbalas untuk mengadakan program ini kerana kebetulan beberapa minggu sebelum itu saya ada tertonton satu video di youtube tentang perjalanan seorang guru SK Ulu Bernam (terletak bersebelahan dengan SMK Ulu Bernam) yang menaiki feri untuk sampai ke sekolahnya.

Apabila saya lihat di google map barulah tahu kedudukan geografi SMK Ulu Bernam ini yang sangat unik dan menarik terletaknya di antara negeri Selangor dan Perak yang hanya dipisahkan oleh sungai bernam.

Tentu lebih seronok kalau dapat sampai ke sekolah ini secara fizikal dengan memandu sendiri

Jangan lupa semak https://halatuju.com/sekolahluarbandar/senarai-sekolah/ untuk mengetahui samada sekolah anda termasuk di dalam senarai sekolah yang terpilih untuk pengadakan program ini. JIka ada sila hubungi saya segera (menggunakan borang dalam talian di laman web pada link di atas) untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan program halatuju pendidikan selepas SPM di sekolah anda.

insyaallah sekolah-sekolah yang akan menyusul seterusnya

2. SMK Changkat Beruas, Perak – 16 Oktober 2021
3. SMK Chepir, Sik, Kedah Darul Aman – 6 Oktober 2021
…..dan seterusnya

ADAKAH SEKOLAH ANDA TERPILIH ?

Sekiranya sekolah anda terpilih, termasuk di dalam senarai 592 buah sekolah luar bandar (SMK & SABK) untuk mengadakan Program Khas Halatuju Pendidikan Selepas SPM ini, anda boleh terus menghubungi saya bagi menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakannya.

Saya menjangkakan untuk mampu mengadakan 4 – 5 program sahaja seminggu yang termasuk juga program yang bukan di dalam program khas ini. Jadi untuk menghabiskan program untuk kesemua 592 buah sekolah bagi program khas ini dan juga program-program lain, saya memperuntukkan masa sehingga 31 Disember 2023 untuk menjayakannya.

Lihat senarai