PENGENALAN

Setelah kira-kira 10 tahun menggerakkan halatuju pendidikan selepas SPM yang sehingga kini telah mencapai sejumlah lebih 500 program di lebih 400 buah sekolah di seluruh negara; Selain gerakan yang berterusan melalui group facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM di www.facebook.com/groups/halatuju yang sehingga kini telah mempunyai ahli seramai lebih 115,000 orang dari kalangan pelajar, guru dan ibu bapa; Saya merasa sangat terpanggil untuk menggerakkan satu usaha khusus untuk sampai ke sekolah-sekolah di luar bandar yang mungkin tidak pernah tahu pun tentang halatuju pendidikan selepas SPM yang digerakkan ini yang mungkin disebabkan kirannya pendedahan atau mungkin juga disebabkan kemampuan mereka yang agak terhad.

Berdasarkan sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3547-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2020/file – sehingga Jun 2020 terdapat 594 buah sekolah menengah (SMK dan SABK Menengah) di kawasan luar bandar di seluruh negara – satu bilangan yang agak besar berbanding bilangan semua sekolah menengah di seluruh negara yang berjumlah sebanyak 2,334 buah semuanya. Bilangan sekolah-sekolah luar bandar ini sebenarnya atau mewakili lebih kurang 25% daripada keselurhan sekolah menengah di seluruh negara.

Untuk menjayakannya ia mungkin akan mengambil masa antara 2 – 3 tahun (2021 – 2023) selain sumber kewangan yang agak besar. Namun ianya sangat perlu dilakukan sebagai bagi merapatkan jurang maklumat pelajar sekolah di bandar dan di luar bandar.

KOS
Kos@bayaran sebenar untuk mengadakan setiap program di pihak Perunding Halatuju Pendidikan adalah dari RM500 (secara dalam talian atau tanpa kos pengangkutan) dan boleh menjangkau ke RM700 – 800 atau lebih jika program yang melibatkan lokasi di luar bandar Sabah dan Sarawak untuk program secara bersemuka (bergantung kepada lokasi program).

Untuk program khas ini saya menawarkannya sekolah-sekolah yang tersenarai sebagai sekolah-sekolah luar bandar pada kadar bayaran sebanyak hanya 40% daripada kos sebenar program hanya sebanyak RM200 untuk program dalam talian atau sekiranya sampai masa program bersemuka dibenarkan ianya adalah sebanya RM300 (tidak termasuk kos pengangkutan dan lain-lain)

  • setiap program adalah antara 2 – 3 jam
  • tiada had bilangan penyertaan (bergantung kepada perisian yang pihak sekolah gunakan digunakan – Google Meet atau Zoom)
  • kehadiran@penyertaan ibubapa pelajar sangt dialu-alukan
  • bahan dalam format pdf disediakan untuk pelajar

Secara peribadi saya kurang yakin untuk mengadakan program secara percuma yang sering akan dinilai sebagai program yang tiada nilai. Diharapkan dengan sedikit bayaran yang perlu ditanggung pihak sekolah atau mungkin oleh pelajar secara tidak langsung melalui yuran atau dari peruntukan kerajaan; atau sumbangan dari pemegang taruh seperti ibu bapa, pimpinan masyarakat setempat, alumni sekolah dan lain-lain pihak yang prihatin – akan menjadikan program ini kekal bernilai tinggi berserta dengan komitmen yang tinggi untuk setiap peserta program.

MATLAMAT PROGRAM
Menjelaskan kepada pelajar calon SPM tentang apakah bentuk pencapaian yang perlu mereka sasarkan pencapaiannya di dapam peperiksaan SPM untuk mencerahkan peluang melanjutkan pengajian selepas SPM dan mencapai cita-cita kerjaya mereka – lihat kandungan program.

PELAKSANAAN PROGRAM
Apa yang dirancangkan adalah untuk sekiranya situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat-kuasa sekarang berakhir – membolehkan program secara bersemuka dapat diadakan di setiap sekolah yang terlibat bermula pada awal bulan September 2021. Namun sekiranya keadaan belum berubah sehingga akhir Ogos 2021 untuk membolehkan program secara bersemuka diadakan, program secara dalam talian akan dimulakan pada awal bulan September 2021, menggunakan apa juga fasilti atau platform yang termampu untuk pihak sekolah sediakan.

Sekolah yang tersenarai bolehlah memberikan maklumbalas tarikh pelaksanaan program ini