PROGRAM #1 : SMK ULU BERNAM

May be an image of 1 person and text that says 'EMETSUPUAEI SMK ULU BERNAM HALA TUU KERJAYA SELEPAS SPM 5 SEPTEMBER 2021 (AHAD) 10.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI GOOGLE MEET Sasaran Semua Murid Ting. 4 &5, Ibu bapa dan guru EN. MUSTAFA BIN ABDULLAH PERUNDING HALATUJU KERJAYA'

Hari ini Ahad 5 September 2021 mencatat sejarah sekolah pertama daripada lebih 500 buah sekolah luar bandar yang menerima tawaran saya untuk mengadakan program khas halatuju pendidikan selepas SPM khas untuk sekolah-sekolah luar bandar.

Kehadiran pelajar, guru dan ibubapa juga sangat menggalakkan. semoga mereka semua mendapat manfaat terbaik dari program ini

May be an image of 5 people, screen and text

Sebenarnya saya merasa amat terharu apabila SMK Ulu Bernam sebagai sekolah yang pertama yang memberikan maklumbalas untuk mengadakan program ini kerana kebetulan beberapa minggu sebelum itu saya ada tertonton satu video di youtube tentang perjalanan seorang guru SK Ulu Bernam (terletak bersebelahan dengan SMK Ulu Bernam) yang menaiki feri untuk sampai ke sekolahnya.

Apabila saya lihat di google map barulah tahu kedudukan geografi SMK Ulu Bernam ini yang sangat unik dan menarik terletaknya di antara negeri Selangor dan Perak yang hanya dipisahkan oleh sungai bernam.

Tentu lebih seronok kalau dapat sampai ke sekolah ini secara fizikal dengan memandu sendiri

Jangan lupa semak https://halatuju.com/sekolahluarbandar/senarai-sekolah/ untuk mengetahui samada sekolah anda termasuk di dalam senarai sekolah yang terpilih untuk pengadakan program ini. JIka ada sila hubungi saya segera (menggunakan borang dalam talian di laman web pada link di atas) untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan program halatuju pendidikan selepas SPM di sekolah anda.

insyaallah sekolah-sekolah yang akan menyusul seterusnya

2. SMK Changkat Beruas, Perak – 16 Oktober 2021
3. SMK Chepir, Sik, Kedah Darul Aman – 6 Oktober 2021
…..dan seterusnya

ADAKAH SEKOLAH ANDA TERPILIH ?

Sekiranya sekolah anda terpilih, termasuk di dalam senarai 592 buah sekolah luar bandar (SMK & SABK) untuk mengadakan Program Khas Halatuju Pendidikan Selepas SPM ini, anda boleh terus menghubungi saya bagi menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakannya.

Saya menjangkakan untuk mampu mengadakan 4 – 5 program sahaja seminggu yang termasuk juga program yang bukan di dalam program khas ini. Jadi untuk menghabiskan program untuk kesemua 592 buah sekolah bagi program khas ini dan juga program-program lain, saya memperuntukkan masa sehingga 31 Disember 2023 untuk menjayakannya.

Lihat senarai

PENGENALAN

Featured

Setelah kira-kira 10 tahun menggerakkan halatuju pendidikan selepas SPM yang sehingga kini telah mencapai sejumlah lebih 500 program di lebih 400 buah sekolah di seluruh negara; Selain gerakan yang berterusan melalui group facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM di www.facebook.com/groups/halatuju yang sehingga kini telah mempunyai ahli seramai lebih 115,000 orang dari kalangan pelajar, guru dan ibu bapa; Saya merasa sangat terpanggil untuk menggerakkan satu usaha khusus untuk sampai ke sekolah-sekolah di luar bandar yang mungkin tidak pernah tahu pun tentang halatuju pendidikan selepas SPM yang digerakkan ini yang mungkin disebabkan kirannya pendedahan atau mungkin juga disebabkan kemampuan mereka yang agak terhad.

Berdasarkan sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3547-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2020/file – sehingga Jun 2020 terdapat 594 buah sekolah menengah (SMK dan SABK Menengah) di kawasan luar bandar di seluruh negara – satu bilangan yang agak besar berbanding bilangan semua sekolah menengah di seluruh negara yang berjumlah sebanyak 2,334 buah semuanya. Bilangan sekolah-sekolah luar bandar ini sebenarnya atau mewakili lebih kurang 25% daripada keselurhan sekolah menengah di seluruh negara.

Untuk menjayakannya ia mungkin akan mengambil masa antara 2 – 3 tahun (2021 – 2023) selain sumber kewangan yang agak besar. Namun ianya sangat perlu dilakukan sebagai bagi merapatkan jurang maklumat pelajar sekolah di bandar dan di luar bandar.

KOS
Kos@bayaran sebenar untuk mengadakan setiap program di pihak Perunding Halatuju Pendidikan adalah dari RM500 (secara dalam talian atau tanpa kos pengangkutan) dan boleh menjangkau ke RM700 – 800 atau lebih jika program yang melibatkan lokasi di luar bandar Sabah dan Sarawak untuk program secara bersemuka (bergantung kepada lokasi program).

Untuk program khas ini saya menawarkannya sekolah-sekolah yang tersenarai sebagai sekolah-sekolah luar bandar pada kadar bayaran sebanyak hanya 40% daripada kos sebenar program hanya sebanyak RM200 untuk program dalam talian atau sekiranya sampai masa program bersemuka dibenarkan ianya adalah sebanya RM300 (tidak termasuk kos pengangkutan dan lain-lain)

  • setiap program adalah antara 2 – 3 jam
  • tiada had bilangan penyertaan (bergantung kepada perisian yang pihak sekolah gunakan digunakan – Google Meet atau Zoom)
  • kehadiran@penyertaan ibubapa pelajar sangt dialu-alukan
  • bahan dalam format pdf disediakan untuk pelajar

Secara peribadi saya kurang yakin untuk mengadakan program secara percuma yang sering akan dinilai sebagai program yang tiada nilai. Diharapkan dengan sedikit bayaran yang perlu ditanggung pihak sekolah atau mungkin oleh pelajar secara tidak langsung melalui yuran atau dari peruntukan kerajaan; atau sumbangan dari pemegang taruh seperti ibu bapa, pimpinan masyarakat setempat, alumni sekolah dan lain-lain pihak yang prihatin – akan menjadikan program ini kekal bernilai tinggi berserta dengan komitmen yang tinggi untuk setiap peserta program.

MATLAMAT PROGRAM
Menjelaskan kepada pelajar calon SPM tentang apakah bentuk pencapaian yang perlu mereka sasarkan pencapaiannya di dapam peperiksaan SPM untuk mencerahkan peluang melanjutkan pengajian selepas SPM dan mencapai cita-cita kerjaya mereka – lihat kandungan program.

PELAKSANAAN PROGRAM
Apa yang dirancangkan adalah untuk sekiranya situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat-kuasa sekarang berakhir – membolehkan program secara bersemuka dapat diadakan di setiap sekolah yang terlibat bermula pada awal bulan September 2021. Namun sekiranya keadaan belum berubah sehingga akhir Ogos 2021 untuk membolehkan program secara bersemuka diadakan, program secara dalam talian akan dimulakan pada awal bulan September 2021, menggunakan apa juga fasilti atau platform yang termampu untuk pihak sekolah sediakan.

Sekolah yang tersenarai bolehlah memberikan maklumbalas tarikh pelaksanaan program ini